in

Penyanyi Indonesia Fiersa Besari Selamat, 2 Rakan Ma*t Ketika Daki Puncak Carstensz

syaz ft 2025 03 03T103104.569

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, gempar di media sosial apabila dua wanita Indonesia dilaporkan meninggal dunia ketika mendaki Puncak Carstensz atau Puncak Jaya di Kabupaten Mimika, Papua Tengah, Indonesia.

Tidak lama selepas berita itu tersebar, orang ramai dikejutkan lagi apabila seorang penyanyi terkenal, Fiersa Besari juga terlibat dalam ekspidisi itu namun dia disahkan selamat.


Artikel berkaitan: Jelas Kedengaran Suara Nenek Kebayan, Netizen Anggap Tindakan Pendaki Ini Baca Ruqyah Tidak Wajar Kerana...

Artikel berkaitan: ‘Healing’ Tanpa Permit Sah, Pendaki Terkejut Gunung Berapi Dukono Meletus Depan Muka

Berita tersebut disahkan oleh wakil pihak berkuasa tempatan, Kapolres Mimika AKBP Billyandha Hildiario Budiman.

“Fiersa Besari berada dalam keadaan selamat. Dia sudah berada di hotel tetapi belum ada maklumat selanjutkan bila semua pendaki yang selamat akan pulang ke daerah masing-masing,” ujarnya.

Difahamkan, dua ahli kumpulan pendaki itu yang meninggal dunia akibat hipotermia dikenali sebagai Elsa Laksono dan Lilie Wijayati.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Runtuh itu berkongsi rasa dukacitanya atas pemergian dua wanita itu, dia juga memohon maaf kerana tidak mewar-warkan keberadaannya di gunung tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fiersa Besari (@fiersabesari)

“Ketika ini, saya dan Furky Sharoni baru sampai ke Timika, Papua Tengah (3 Mac) setelah terkandas di Yellow Valley Basecamp kerana cuaca buruk yang menghadkan perjalanan helikopter (satu-satunya akses dari YV),” tulisnya.

Dia juga berharap tiada sepkulasi dari orang ramai berkaitan insiden itu dan meminta orang ramai untuk sentiasa mendoakan mereka yang terkorban dalam ekspidisi tersebut.

Sumber: Instagram, detik

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.