in

Penduduk Beijing Kena Guna Payung Sebab Dilanda ‘Hujan Cacing’?

hujan cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat sebuah video tular di media sosial yang memaparkan sebuah kejadian aneh dipercayai berlaku di Beijing, China di mana kelihatan ‘hujan cacing’ turun sehingga beberapa orang penduduk tempatan terpaksa menggunakan payung.

Sementara pihak berkuasa China masih belum mendedahkan sebab di sebalik fenomena aneh itu, terdapat beberapa teori yang dikeluarkan oleh netizen.


Ada yang berpendapat ia sebenarnya bunga poplar iaitu sejenis pokok yang sangat popular di kawasan tersebut, difahamkan apabila bunganya gugur, ia sering dikelirukan dengan ulat.

Satu lagi teori mencadangkan bahawa cacing itu bertaburan selepas diterbangkan oleh angin kencang dan teori itu disokong oleh jurnal saintifik Mother Nature Network yang menjelaskan kejadian janggal itu selalu berlaku selepas ribut.

Menurut sumber, kejadian seperti itu seblum ini pernah berlaku di Scotland pada tahun 2011, seorang guru yang dikenali sebagai David Crichton berkongsi, ketika dia sedang mengajar sebuah kelas tiba-tiba dia terdengar dentuman perlahan.

Kemudiannya, dia mendongak dan terlihat berpuluh-puluh cacing jatuh dari langit, David yang ketika itu berusia 26 tahun berkata, dia serta guru lain di sekolah tersebut bingung dengan kejadian itu.

Mereka kemudiannya menemui lebih banyak cacing di sekitar gelanggang tenis sekolah tersebut.

Apa agaknya itu?

Baca: “Macam UFO” – Formasi Awan Aneh Di Turki Buat Orang Ramai Bingung

1Awan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.