in

Penat Nak Kunyah Punya Pasal, Afgan Minum Jus Dada Ayam Kisar & Pisang

F3 Afgan Minum Air Dada Ayam Kisar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Indonesia, Afgan yang popular dengan pelbagai lagu yang sedap didengar, antaranya lagu Terima Kasih Cinta, Panah Asmara dan Jodoh Pasti Bertemu.

Namun, baru-baru ini, penyanyi yang berusia 34 tahun ini telah menjadi perhatian warganet apabila dia berkongsikan menu minuman yang lain daripada yang lain.


Menerusi Instagram, dia menunjukkan cara-caranya membuat jus dada ayam yang dicampur pisang.

 

Difahamkan, dia telah mengisar dada ayam yang sebelum itu direbus kerana terlalu penat untuk mengunyah daging ayam tersebut dan berasa bosan kerana setiap hari dia makan dada ayam.

Untuk mengurangkan rasa ayam, dia juga telah mencampurkan buah pisang agar rasa minuman itu lebih baik.

5

Artikel Berkaitan: “Boleh try time karok nanti” – Pemuda Ini Ajar Teknik Nyanyian Cara Afgan Secara Percuma

Artikel Berkaitan: “Sombong banget ya kamu!” – Netizen Indo Kecam Syahrini Sebab Pakai Kasut Dalam Rumah BCL Waktu Pergi Tahlil

Difahamkan juga, dia seorang yang menjaga kesihatan kerana dia memang sering mengambil protein seperti dada ayam untuk kesihatan badannya.

Oleh sebab itulah, Afgan turut memasukkan serbuk protein ke dalam bekas pengisar sebelum ia dikisar bersama dada ayam dan pisang itu.

Cuma, mungkin kali ni dia malas nak kunyah, so dia pun blend la ayam tu. 

Pada penghujung video yang dikongsikan Afgan, dapat dilihat wajahnya berkerut apabila dia minum smoothies dada ayam dan pisang tadi.

7 1

Mungkin memang tak sedap pun rasa smoothies tu bila dicampur sebegitu. 

Sumber: Instagram afgan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.