Tidak dapat disangkal lagi, apa sahaja pempengaruh Khairul Aming (KA) kongsikan, pasti akan mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Baru sahaja netizen bercerita tentang Khairul Aming berkongsi resipi ‘burger ala prosperity’ sehinggakan bahan masakan seperti daging oblong habis terjual dek penangan videonya.
Kali ini, sekali lagi Khairul Aming menggunakan pengaruhnya untuk mempromosi gerai cendol yang sering disinggahnya.
Artikel berkaitan: Disebabkan Resipi ‘Burger Ala Prosperity’ Khairul Aming, Daging Oblong Ramly Laku Keras!
Pada petang semalam, beliau memuat naik satu hantaran video berkongsi sebuah gerai iaitu Nizam Cendol Goncang yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur untuk pengikutnya mencuba menu mee bandung dan bihun sup di situ.
Beliau turut memberitahu cendol disitu dijual hanya RM1 semangkuk dan sudah meminta pemilik gerai untuk bersedia dengan pekerja tambahan selepas menularkan gerai tersebut di media sosial.
Selalu lepak makan sini, and i think they deserve a promo.
Korang try mee bandung dan bihun sup dia. memang sedap. cendol dia pun rm1 semangkuk
?Nizam Cendol Goncang, Taman Melati KL
(dah mintak izin owner untuk tolong viralkan. dia dah prepare extra staff) pic.twitter.com/XfdWJkQi4z
— Khairulaming (@khairulaming) December 13, 2023
Menerusi hantaran terkini, Khairul Aming memberitahu gerai cendol itu mendapat sambutan luar biasa apabila ramai yang menyerbu gerai terbabit.
“Mee bandung dah sold out guys. Orang beratur non stop dari pagi. Thank you semua yang support kedai abang nizam,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, turut dipaparkan video dan gambar suasana orang ramai yang sedang beratur di gerai itu.
Update : Mee bandung dah sold out guys. Orang beratur non stop dari pagi. Thank you semua yang support kedai abang nizam ?? https://t.co/6SCZ7JipxR pic.twitter.com/WgAlJQiu24
— Khairulaming (@khairulaming) December 14, 2023
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan penangan pempengaruh ini dan dalam masa yang sama berterima kasih kerana membantu peniaga kecil secara percuma.
Tahniah, rezeki peniaga ni dapat promosi daripada Khairul Aming!
Sumber: X