in

Pemuda Tengah ‘Healing’ Terkejut, Ada Pakcik Datang Tanya ‘Pernah Kena Hisap Tak?’

pakcik ajak isap

Healing merupakan trend pilihan kebanyakan orang sekarang, ia merujuk kepada aktiviti menenangkan fikiran yang biasanya dilakukan di tempat-tempat seperti air terjun atau pantai-pantai peranginan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan situasi kekok dan agak menakutkan apabila seorang lelaki ‘diganggu’ seorang pak cik yang bertanyakan soalan berbaur lucah.

“Cerita 3 hari lepas, aku pergi air terjun and saje nak healing. Sambil tu, aku fikir accessories apa nak letak kat motor.

Tetiba ada sorang pakcik datang and cakap benda 18+ dengan aku. Aku sempat rakam ni je,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian penggunaa TikTok @zyn_mash itu menarik perhatian ramai netizen, walaupun ramai yang terhibur dengan perkara itu namun ramai juga yang merasakan perkara itu agak menakutkan.

Tidak kurang juga ada yang berkata itulah perkara yang biasa terjadi kepada kaum wanita.

cats 46

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan insiden itu berlaku di air terjun Serendah, Selangor. Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat hampir 600K serta lebih 2K komen.

Tak kisahlah lelaki ke perempuan, semua kena berjaga-jaga sekarang…

Baca: “Not safe for woman” – Vlogger Kongsi Pengalaman Diganggu Instructor Miang Ketika Ambil Lesen Menyelam

Ft Tioman Pelatih Gatal