Baru-baru ini, ahli perniagaan dan pengasas tudung jenama Duck iaitu Vivy Yusof telah mengumumkan bahawa dirinya telah disahkan menghidap penyakit Systemic lupus erythematosus (SLE) iaitu sejenis penyakit autoimmune menerusi newsletter tulisannya yang dilancarkan beberapa minggu lalu, Sincerely Vivy.
Terkini, Vivy Yusof mengumumkan bahawa pembaca yang ingin membaca newsletter tersebut perlu melanggan pakej berbayar dengan harga 5USD (RM21.48) sebulan menerusi laman web peribadinya Sincerely Vivy itu.
Menerusi pengumumannya di laman web tersebut, difahamkan, pembaca yang melanggan newsletter itu dengan harga sedemikian akan mendapat akses penuh kepada kesemua kandungan tulisannya.
Artikel Berkaitan: Vivy Yusof Dedah Hidap SLE Di ‘Newsletter’, Ramai Luah Rasa Simpati
Artikel berkaitan: “Saya buat perkara yang tak terjangkau di fikiran” – Vivy Pilih Untuk ‘Private’ Akaun IG
Selain itu, pelanggan (subscribers) juga akan mendapat entri secara mingguan setiap hari Selasa dan juga diskaun khas untuk membeli produk-produk dan jenama-jenama kegemarannya.
Newsletter tersebut akan dihantar secara terus ke alamat emel subscribers Sincerely, Vivy dan mereka turut akan menjadi yang pertama dapat mengetahui setiap langkah perjalanan kehidupan Vivy pada masa mendatang.
Namun, dalam masa yang sama, subscribers turut diberikan peluang untuk berhenti melanggan pakej tersebut pada bila-bila masa yang dimahukan.
Difahamkan, mereka yang berminat untuk melanggan juga boleh melanggan pakej setahun dengan harga 55USD (sekitar RM236.33) iaitu 4.58USD (kira-kira RM19.86) sebulan.
Dalam masa yang sama, difahamkan, pembaca yang tidak mahu melanggan pakej berbayar akan mendapat blog posts secara sekali-sekala.