in

Pembukaan Terminal Bersepadu Gombak Ditunda, Tarikh Baru Akan Diumumkan Nanti

Terminal Bersepadu Gombak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penantian penduduk kawasan Gombak dan kawasan sekitar terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk ke negeri sekitar Semenanjung Malaysia akhirnya berakhir apabila baru-baru ini telah diumumkan bahawa Terminal Bersepadu Gombak akan dibuka pada 16 Februari 2025.

5 2

Namun, menjelang tarikh esok iaitu 16 Februari, pihak pengurusan Terminal Bersepadu Gombak sekali lagi membuat pengumuman bahawa pembukaan terminal bas tersebut dan pusat beli belahnya telah ditunda ke satu tarikh lain yang akan diumumkan nanti.


Pengumuman mengenai penundaan tarikh pembukaan Terminal Bersepadu Gombak itu telah dibuat oleh pihak pengurusan TBG menerusi TikTok semalam.

4 2

8 1

Artikel Berkaitan: Pengguna Berang Sistem Mengarut, Seru Menteri Pengangkutan Pantau Isu Fasiliti Di TBS

Artikel berkaitan: Seorang Remaja Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Di Soket Dalam Bas

Difahamkan, pembukaan Terminal Bersepadu Gombak ini telah beberapa kali ditunda kerana sebelum tarikh 16 Februari, ia pernah dikatakan akan mula beroperasi pada sekitar pertengahan tahun 2024 iaitu tahun lalu.

Difahamkan juga, terminal ini akan mempunyai bas yang akan ke seluruh Semenanjung dan bukannya hanya terhad kepada destinasi ke Pantai Timur sahaja.

WhatsApp Image 2025 02 15 at 1.01.52 PM 1

WhatsApp Image 2025 02 15 at 1.04.08 PM

Sumber: rnggt
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.