in

Pasangan Didakwa Main Kayu Tiga, Isteri Gantung Banner Depan Rumah Dedah Kecurangan Suami

f3 cht

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang paling digeruni oleh kebanyakan kaum Hawa ialah apabila anak jatuh sakit atau diduakan oleh pasangan. Namun, sebagai wanita, kita jangan terlalu lemah dan kena bangkit semula walaupun sakit.

Seperti yang dilakukan oleh wanita di Essex, England ini apabila dia memutuskan untuk menggantung kain rentang untuk mendedahkan kecurangan suaminya. Mungkin dia dah hilang sabar sangat dah kot. 


ch 2

Memetik laporan Metro UK, wanita yang tidak diketahui identitinya itu telah menggantung banner di luar rumah atau kuaters tempat mereka tinggal.

Difahamkan, si suami merupakan seorang tentera dan kepulangannya dari tugasan di luar negara telah disambut dengan kain rentang tersebut.

Dapat dilihat pada banner berkenaan bahawa ada gambar si suami dan tertulis beberapa kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu kepada isterinya.

Saya kekurangan keberanian moral, disiplin, hormat pada orang lain, integriti, kesetiaan dan komitmen,” tulisnya.

Dalam kain rentang yang sama, isterinya mendakwa lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang pegawai yang bekerja dengan UN (United Nation).

Si suami juga dikatakan telah menghalau keluar isterinya dari rumah mereka sehingga menyebabkan dia tiada tempat tinggal, hilang pekerjaan dan sakit hati.

Mungkin sebab tu kot si isteri dah hilang sabar dan terpaksa buat macam ni untuk expose affair suaminya. 

Sumber: Metro UK

Baca: Mentua ‘Kacau’ Rumah Tangga? Peguam Jelaskan Ia Sebenarnya Satu Jenayah Syariah 

cht 1

Sumber: Metro UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.