Baru-baru ini, pelakon Zahirah Macwilson ada memuat naik sebuah posting di Instagram meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-4.
Posting itu merupakan video ‘pre-wedding’ Zahirah bersama suami, Aiman Hakim Ridza yang memaparkan momen-momen bahagia mereka berdua.
Happy 4th anniversary to us sayang. In any lifetime, I’d wake up and choose you over & over & over again,” tulisnya.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: Dedah Sebab Dendam Dengan Aiman & Zahirah, Netizen Minta Orang Ramai Henti ‘Provoke’ Fathia Latiff
Artikel berkaitan: “Tak sihat ke?” – Kongsi Foto Pencapaian Dulu & Perli Zahirah, Netizen Pelik Dengan Tindakan Fathia
“Papa nyaris-nyaris nak cemarkan majlis disebabkan…”
Di bawah posting itu, bapa kepada Zahirah, Zainol Macwilson telah meninggalkan satu komen yang menarik perhatian netizen.
Komen itu menceritakan mengenai kejadian yang tidak diingini hampir berlaku pada malam pernikahan Aiman dan Zahirah disebabkan oleh kehadiran beberapa individu yang ‘toksik’.
Namun mujurlah pernikahan tersebut tidak terganggu dek kerana kesabaran Zainol dalam menghadapi situasi itu.
Pada malam kakak dan Aiman ‘diijabkabulkan’ papa nyaris-nyaris nak ‘cemarkan’ majlis disebabkan kehadiran beberapa individu toxic tapi Alhamdulillah dengan sifat kesabaran dan terlalu sayangkan anak serta bakal menantu pada malam itu, papa tarik nafas dan beristighfar dan pada waktu yang sama, papa ‘gadaikan maruah’ demi kebahagiaan anak dan menantu,” tulisnya.
Posting berkenaan telah menerima pelbagai komen positif netizen yang mendoakan kebahagiaan Zahirah dan Aiman hingga ke jannah.
Happy Anniversary Aiman & Zahirah!
Sumber: Instagram