Siapa yang sudah tonton video panggilan misteri Radio Era, meremang kan! Boleh nampak raut wajah Fazziq Muqris yang sedang bertugas pada waktu tersebut bertukar panik, lebih-lebih lagi apabila panggilan tersebut diakhiri dengan suara wanita mengilai!
Tidak dinafikan, walaupun panggilan tersebut agak seram, ramai yang anggap ia cumalah sebuah taktik marketing semata-mata.
Namun, lain pula jawapan Fazziq! Katanya lagi, reaksi wajahnya pada waktu tersebut bukanlah sesuatu yang dibuat-buat.
@highcouncilsSya sempat record dari part ni je,awal” tu dia cakap dia nak luahkan perasaan and crita ni tahun 1992 masa umur dia 23,hari tu jgk hari raya.Proud of my self sbb dapat dgr balik vid ni HAHA??♬ original sound – syae
“Lagipun kalau nak cakap ini ‘marketing’, mungkin sudah lama saya rancang benda ni dan buat lebih lagi daripada apa yang anda saksikan.”
“Selepas dia mengilai, kami terus matikan call.”
Tambah Fazziq lagi, jika benar ia merupakan satu taktik marketing semata-mata, sudah pasti dia akan melakukan lebih lagi kerana dia juga merupakan seorang pelakon.
Namun, pada masa yang sama, Fazziq juga meminta agar orang ramai yang berniat untuk melakukan ‘prank’ sebegitu agar menghentikannya. Baginya, perkara ini bukan satu bahan jenaka dan sekali gus boleh memberi impak negatif kepada orang lain.
“Kalau nak buat ‘prank’ macam ini, tolonglah hentikan. Nak buat dekat saya, mungkin saya boleh terima. Tapi benda ini mungkin bagi impak negatif kepada orang lain juga.”
Adakah ia kisah benar?
Namun, cerita tidak berakhir di situ. Tahu-tahu sahajalah perangai warganet, mereka berjaya ‘menggali’ semula asal usul cerita tersebut. Ada yang cakap ia merupakan kisah benar yang pernah berlaku pada tahun 1992.
Namun, ada juga yang kata panggilan ini seakan-akan panggilan yang pernah diterima oleh DJ Isma satu ketika dahulu.
KEJADIAN ini diceritakan berlaku lewat 90an. Kisah yang pernah kecoh suatu ketika dahulu. Kisah Dj radio terkenal telah menerima panggilan misteri sewaktu siaran radio sedang ke udara. pic.twitter.com/S6avPsaR9N
— jentikhati (@jentikhati) August 19, 2020
Tidak kurang juga, ada juga yang berkata panggilan tersebut hanyalah satu prank kerana ia seakan-akan satu lagi panggilan telefon yang diterima oleh sebuah stesen radio di negara lain.
“Sekarang ini trend prank semakin berleluasa. Wallahualam. Jika benar memang agak terkejut,” kata seorang netizen.
“Aku syak yang panggilan seram misteri radio Era tu setan yang sama yg call DJ Isma tahun 90an dulu. Dia buat comeback daaa.”
“Tahun 2023 orang masih percaya perkara seperti ini? Insiden terbabit memang kerap berlaku tetapi mustahil petugas radio sendiri yang prank rakannya.”
Jadi, apa pendapat anda? Kisah benar ataupun prank semata-mata?
Sumber: Sinar Harian, Kosmo