in

Palsukan Sijil Kematian Isteri Sebab Nak Poligami, Lelaki Putih Mata Lepas Dipenjara 8 Bulan

Palsu Sijil Kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan semua wanita dalam dunia ni yang rela suaminya kahwin lain. Pun begitu, janganlah sampai si suami buat benda haram pulak semata-mata nak tambah lagi satu macam yang dibuat seorang lelaki di Bali, Indonesia ni.

Shutterstock 133378736 E1643512703406
Gambar hiasan

The Bali Sun melaporkan, hakim Putu Ayu Sudariasih menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada Suraji, 56, kerana melanggar Artikel 263 Nombor 2 dan Artikel 264 Artikel Nomor 2 Dalam Buku Undang-Undang Jenayah dengan memalsukan sijil kematian isterinya untuk berkahwin lain.


Menurut sumber, suspek ditahan selepas didapati telah memalsukan sijil kematian isterinya dan juga memalsukan satu dokumen pengenalan diri baru untuk dirinya sendiri untuk menikahi seorang wanita bernama Hernanik pada 30 Ogos 2019.

Pun begitu, hajat Suraji tak kesampaian kerana isterinya, Diah, telah melaporkan hal terbabit kepada pihak polis sejurus mengetahui kerja haram yang dilakukan suaminya.

Difahamkan, hukuman yang dijatuhkan ke atas suspek adalah lebih ringan daripada yang diminta pihak pendakwa raya kerana tertuduh tak mempunyai apa-apa rekod jenayah lampau.

Deatj Certificate 752X501 1 E1643512104118
Gambar hiasan

Soal siasat mendedahkan, suspek membayar wang sejumlah RM1,173 kepada seorang pendatang asing tanpa izin yang dikenali sebagai Anwar bagi membantu memalsukan beberapa dokumen tersebut.

Sumber: The Bali Sun

Baca: “Saya tak pernah bagi izin…” – Tak Tahu Suami Poligami, Rupa-rupanya Berjiran Dengan Madu Sendiri!

Rumoh Madu Dekat E1643509885849

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.