in

“Paling tinggi setelah undian ditutup” – Jaringan Faisal Halim Dipilih Sebagai Gol Terbaik Piala Asia 2023

FT Faisal Halim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain sayap negara, Faisal Halim memenangi gol terbaik pada Piala Asia 2023 apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian rasmi di laman web Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) ditutup pada awal pagi Isnin.

Terdahulu, AFC telah menyenaraikan jaringan yang dilakukan oleh Faisal ketika perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub bersama tujuh lagi gol untuk diundi sebagai gol terbaik kejohanan peringkat tertinggi Asia tersebut.


Sehingga undian ditutup, jaringan Faisal menerima sebanyak 85 peratus undian, jauh meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya 9 peratus undian, begitu juga pencabar lain seperti Son Heung-min (3 peratus), Supachok Sarachat (1 peratus) dan juga Sardar Azmoun (1 peratus).

Screenshot 2024 02 26 124540

Sementara itu, tiga gol daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous dari Qatar dan Abdulrahman Ghareeb dari Arab Saudi tidak menerima sebarang undian.

Faisal Halim Gol270124 1706357529

Faisal yang sering dipanggil ‘Mickey’ oleh peminat bola sepak tempatan tersebut mencipta sensasi dengan gol yang menarik ketika menentang Korea Selatan yang mana ketika jaringan dilakukan, penjaga gol dan pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae telah tertipu.

Terdahulu, AFC juga turut menilai gol daripada pemain sayap pasukan Selangor berkenaan sebagai satu keajaiban yang berlaku di pentas Piala Asia.

Pun begitu, masih belum ada pengumuman rasmi mengenai anugerah jaringan terbaik itu di laman web AFC setakat artikel ini ditulis.

Sumber : Sinar Harian

Sumber: AFC
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.