in

Pakar Beri Amaran Mungkin Ramai Rakyat Malaysia Jadi Miskin Lepas Bersara, Ini Sebabnya…

kwsp II

Kalau nak diikutkan, simpanan KWSP merupakan benteng terakhir bagi rakyat Malaysia yang mempunyai majikan selepas mereka bersara. Menurut penganalisis ekonomi Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, lanjutan daripada jangka hayat penduduk Malaysia yang semakin meningkat, simpanan selepas bersara menjadi sangat penting bagi memastikan kelangsungan hidup selepas tidak lagi berkerja.

Menerusi kenyataan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini, setakat 31 Disember 2022, seramai 6.7 juta ahli (iaitu 51% daripada keseluruhan ahli KWSP) yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP selepas melakukan pengeluaran yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Dengan berbekalkan simpanan RM10,000 ini, bayangkan jika anda hanya mempunyai RM42.00 untuk dibelanjakan setiap bulan selama 20 tahun selepas bersara kelak. Ditambah pula dengan umur yang telah dimamah usia, serta kudrat tidak lagi sekuat ketika usia muda, amatlah sukar bagi anda untuk bekerja. 

Melihatkan senario ini, sudah pastilah dengan mempunyai simpanan KWSP yang mencukupi sangatlah penting kerana ianya dapat menjamin kelangsungan hidup anda di usia emas.

MOHD YUSOF SAARIsdzfvbafagvarwegfdrgey 1570346218

Sekilas mengenai Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP

Simpanan di KWSP terbahagi kepada  dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Setiap bulan, apabila caruman anda dan caruman daripada majikan masuk ke dalam akaun KWSP, 70% akan dimasukkan dalam Akaun 1 dan 30% akan dimasukkan dalam Akaun 2. 

335277737 867601987660779 4681849972069233091 n horz

Simpanan dalam Akaun 1 boleh dikeluarkan ke? Boleh, pengeluaran Akaun 1 adalah bagi pengeluaran umur  55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia. Manakala, pengeluaran Akaun 2 pula membenarkan pengeluaran untuk bayaran pendahuluan atau penyelesaian pinjaman rumah pertama, pendidikan,  perbelanjaan perubatan, dan pelaburan apabila ahli mencapai umur 50 tahun.

Jangan tak tahu,  sebenarnya ada 16 jenis skim pengeluaran KWSP seperti: 

Skim Pengeluaran Persaraan

  1. Pengeluaran Mencapai umur 55 tahun 
  2. Pengeluaran Mencapai umur 50 tahun 
  3. Pengeluaran Bayaran Berkala
  4. Pengeluaran Bayaran Bulanan 

Skim Pengeluaran Perumahan

  1. Pengeluaran Membeli Rumah 
  2. Pengeluaran Membina Rumah
  3. Pengeluaran Mengurangkan atau Menyelesaikan Pinjaman Rumah
  4. Pengeluaran Mengurangkan atau Menyelesaikan Pinjaman Rumah bagi Membantu Suami atau Isteri.
  5. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran-Pengeluaran Lain

  1. Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
  2.  Pengeluaran Persaraan Pilihan
  3. Pengeluaran Pendidikan 
  4.  Pengeluaran Kesihatan
  5. Pengeluaran Meninggalkan Negara 
  6. Pengeluaran Kematian
  7. Pengeluaran Hilang Keupayaan 

Kalau korang masih lagi ada soalan pasal KWSP, tengok  laman web rasmi atau saluran media sosial KWSP macam kat Facebook atau Twitter. Jangan buta-buta percaya maklumat viral tentang KWSP yang entah dari mana-mana okay!



Sumber: Harian Metro