in

“Pakaian ketat, ramai tak solat” – Individu Kritik Orang Bersenam Tapi Abai Hukum Agama

bersenam abai agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, acara larian atau lebih dikenali sebagai marathon semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia  lebih-lebih lagi selepas berlakunya pandemik Covid-19.

Kebanyakan acara larian yang diadakan akan dilakukan pada awal pagi dan ada juga acara bermula pada waktu malam.


Tular di media sosial satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok yang mengkritik orang ramai menyertai acara larian namun gagal menunaikan tuntutan agama.

Artikel berkaitan: Isteri Tekad Bercerai Dengan Suami Taksub Dengan Marathon

Artikel berkaitan: “Siapa buat ni?” – Netizen Terkejut Tengok Video Klasifikasi Syurga & Neraka Untuk Wanita

Menerusi video berdurasi satu minit itu, dapat didengari perakam meluahkan perasaan menyatakan ramai yang mahu menjaga kesihatan tetapi memandang remeh hukum agama.

@saadabiwaqas7

Kesihatan yang Mungkar.. #fypp #videoviral #foryoupage #foryou #viral #pilihanyangterbaik #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #dakwah

♬ Paris – 3Hzwave

“Hari ini ramai orang nak sihat, tapi sebenarnya sihat itu datang daripada Allah SWT. Tak salah nak jaga kesihatan, tapi hari ini ramai umat Islam tak jaga aurat.

“Walaupun mereka bertudung tapi pakaian mereka ketat-ketat, Allahuakhbar… dan sebenarnya ramai yang tidak solat,” katanya.

Melihat video itu, difahamkan individu terbabit merakam lokasi kejadian di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat pelbagai respon netizen, rata-ratanya berpendapat individu terbabit tidak sepatutnya menghukum orang lain tanpa usul periksa.

Dalam pada itu, netizen menepis dakwaan individu berkenaan apabila mengatakan acara larian terbabit bermula pada 5 pagi, seolah-olah mereka yang menyertai acara itu telah mengabaikan solat Subuh.

Screenshot 2024 02 26 114845 Screenshot 2024 02 26 114858 Screenshot 2024 02 26 114919 Screenshot 2024 02 26 114940 Screenshot 2024 02 26 115013

Pun begitu, ada juga yang mempertahankan kenyataan individu itu kerana tidak salah dengan teguran terbabit.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.