in

Paijang & Dua Anak Selamat Tiba Di Makkah Untuk Tunai Umrah

syaz ft 2025 02 18T163255.985

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video tular mendatangkan kemarahan banyak pihak di mana seorang lelaki kelainan upaya (OKU) dipukul beramai-ramai di pasar pagi di Chukai, Terengganu.

Selepas insiden itu, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau lebih dikenali sebagai Paijang ditawarkan pakej umrah daripada Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.


Paijang serta dua orang anaknya, Nurul Farhana, 21, dan Ahmad Faris, 10 selamat tiba di tanah suci hari ini.

Artikel berkaitan: Hikmah Di Sebalik Kejadian, Lelaki OKU Tular & Keluarga Dapat Tajaan Pakej Umrah

Artikel berkaitan: Pakcik OKU Rupanya Pelajar Cemerlang & Aktif Sukan, Mula Berubah Ketika Masuk Universiti

Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran video di laman Facebook syarikat pengendali haji dan umrah tersebut.

3012802

Menurut laporan Sinar Harian, Paijang serta dua anaknya berangkat ke tanah suci pada jam 2.30 pagi pada Isnin.

Bapa kepada lima anak itu turut menyatakan keterujaan kali pertama menunaikan umrah yang ditaja Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dan berharap agar kesihatannya bertambah baik selepas pulang ke tanah air.

“Ini kali pertama saya berpeluang untuk menunaikan umrah dan kali pertama juga melalui pengalaman menjejak kaki ke luar negara.

Saya harap dapat diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah. Saya juga mahu berdoa di tanah suci agar ALLAH kurniakan kesihatan yang bertambah baik kepada saya dan ahli keluarga saya.

Semoga saya dan anak-anak dikurniakan umrah yang mabrur dan semoga ALLAH SWT kabulkan segala doa saya,” katanya.

Difahamkan, isteri kepada Paijang, Faridah Abdul Karim, 44, dan anaknya, Mohd Fakhrie, 19, sepatutnya turut serta dalam mengerjakan ibadah itu namun disebabkan beberapa kekangan mereka tidak dapat turut serta.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.