in

“Pahit untuk ditelan” – [VIDEO] Isteri Masuk Hospital, Pengantin Lelaki Terpaksa Bersanding Seorang Diri

Pengantin Sanding Seorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari persandingan merupakan sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumah tangga kerana ia merupakan simbolik termeterainya dua jiwa selain untuk menghebahkan perkahwinan kepada orang ramai.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok apabila seorang pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri kerana pengantin perempuan dimasukkan ke hospital.


@syaf0311

pahit untuk ditelan ❤️‍🩹

♬ only love can hurt like this – favsoundds

Video sedih yang dimuat naik oleh @syaf0311 dalam akaun TikTok miliknya itu menunjukkan pengantin lelaki terpaksa bersanding sendirian dan makan beradab tanpa ditemani isteri di sampingnya.

“Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri.. isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan.

Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti.” tulisnya.

Difahamkan, pasangan mempelai itu telahpun bernikah pada bulan September tahun lepas namun terpaksa menunggu setahun untuk bersanding kerana pengantin lelaki berkhidmat sebagai penjawat awam.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum diberitahu mengapa si isteri dimasukkan ke wad dan rata-rata netizen mendoakan serta berpesan agar pasangan tersebut sentiasa bertabah.

Sndgsrg

Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan ini…

Baca: ”Rugi 26k” – Pengantin Scam Katering Order Dua Ekor Kambing Golek Tapi Bayar Pakai ‘Cek Tendang’

Collage 11 758X399.Png

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.