Lidah lebih tajam daripada pisau, kadang-kadang kata-kata seseorang itu mampu mengguris hati orang lain dan boleh memberikan kesan terhadap emosi si mangsa itu.
Seorang pemuda meluahkan rasa terkilan apabila ada warganet yang memberikan komen tidak berperikemanusiaan sampai membuatkan ibunya rasa tersinggung.
Artikel berkaitan : Biadap! Residen Kondominium Di Puchong Buli Cleaner & Rempuh Pak Guard Dengan Motosikal
Artikel berkaitan : Pemandu Van Biadap, Selamba Tanggalkan Tanda Parkir Khas Ibu Bapa Depan Sekolah
Ceritanya bermula daripada satu video yang dimuat naik oleh pemuda yang kongsikan kandungan tentang baking ini. Dia membuat tutorial menyediakan manisan Tiramisu sambil berlatarkan kisah yang diimbau sewaktu kecil.
Dalam video tersebut, pemuda yang lebih dikenali sebagai Mr. Ali ini kongsikan yang sewaktu dia masih kanak-kanak dia ada memujuk ibunya untuk membuat Tiramisu dan dia menceritakan bahawa ibunya berkata bahawa tunggu apabila dia besar nanti.
Jadi dalam video tersebut, Mr Ali yang kini sudah dewasa dapat merealisasikan impiannya untuk membuat menu tersebut bersama ibunya dan sekaligus ia menjawab persoalan terhadap kata-kata ibunya itu. Boleh tengok video di bawah kalau nak tahu sebabnya.
@this_is_mr.ali Cerita Tiramisu ❤️
Dalam keseronokan mendengar kisah yang agak mengharukan itu, ada satu komen yang kurang enak daripada seorang netizen yang memberikan komen biadap sampaikan ibunya terguris hati apabila terbaca.
“Padahal mak ko pemalas”
Terpanggil dengan komen biadap itu, lelaki yang juga kini bekerja sebagai seorang guru ini meluahkan rasa terkilannya dan mendedahkan komen tersebut serta mengimbau kepayahan ibunya membanting tulang meniaga untuk membesarkannya.
“Tadi lepas balik dari sekolah, mak baca apa yang budak tadi tulis. Yang tahu je tahu, akaun tu pun dah ghaib. Mind you yang taip komen macam tu bukan fake account.”
“Tu memang akaun betul cuma dia memang buat buat private. Mak cakap sampai hati dia cakap mak malas eh, dulu mak besarkan kamu orang jual mini pizza, jual kuih, petang-petang ambil jualan mak depan rumah.”
Kata-kata daripada ibunya itu membuatkan pemuda ini terdiam kerana sikap individu yang merendahkan ibu seseorang tanpa mengetahui betapa susahnya emak dan ayahnya membesarkannya dulu.
Tegas pemuda ini, jika ingin mengecam, biarlah mengecam dia sahaja tanpa perlu melibatkan orang lain.
“Content saya cuba la pergi gali berapa banyak voice over saya buat mengangkat nama mak saya, saya bercerita kenangan bersama mak. Bersama ayah, selama ini banyak berdiam. Banyak tapis komen yang orang lain tak tahu. Kalau saya tunjuk satu per satu dalam sekelip mata je akaun itu hilang dan lesap. Saya masih memikirkan orang lain.”
Jelasnya, selama 6 tahun membuat content baking itu, inilah kali pertama dia mendedahkan individu yang mengecam. Pemuda ini juga mengaskan bahawa mana-mana yang pernah bekerja dengannya tahu dia sentiasa bawa ibunya bersama.
Oleh itu, dia memesan kepada para ibu bapa di luar sana agar sentiasa mendidik anak dari kecil untuk menjaga adab dan pantau dengan siapa mereka berkawan kerana dia yang juga seorang guru di bawah pentadbiran Hal Ehwal Murid ini bercakap daripada pengalaman sendiri.
Sumber : TikTok