in

“Padahal dapat free je”- Tote Bag Apple Store TRX Dijual Semula Dengan Harga RM300

F3 Tote Bag Apple Store Trx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apple Store pertama di Malaysia yang bertempat di The Exchange TRX telah rasmi dibuka pada Sabtu, 22 Jun dan kita dapat tengok di media sosial yang memang ramai yang beratur panjang untuk menjadi antara yang pertama datang ke Apple Store TRX itu.

6 2 2

Tambahan pula, mereka yang terawal datang telah mendapat beg atau tote bag istimewa Apple Store TRX dan sudah tentulah menggunakan konsep siapa cepat dia dapat. Beg tu pula boleh dapat percuma je tau. Memang bertuah siapa yang datang awal semalam tu. 


Namun, ada pihak yang mendapat tote bag tersebut telah menjual beg berkenaan di platform jual beli dalam talian, Carousell dengan harga ratusan ringgit sedangkan beg itu diberi percuma sahaja.

Artikel Berkaitan: Apple Mulakan Pencarian Pekerja Sempena Pembukaan ‘Apple Store’ Pertama Di Malaysia

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pengguna X thefaizzainal.

Ada yang menjual tote bag itu sehingga RM300!

Untuk pengetahuan anda, tote bag Apple Store TRX itu berwarna putih dan mempunyai tulisan JOM di bahagian depan dan tulisan Apple The Exchange TRX pada bahagian belakangnya. Ia turut mempunyai kotak Apple yang ekslusif.

Agak-agak ada ke yang beli tote bag ni eh? 

Sumber: X @thefaizzainal

Sumber: Apple

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.