Baru-baru ini di TikTok, telah tular sebuah video memaparkan seorang wanita sedang membuka sebuah gerai menjual nasi lemak secara kecil-kecilan di Sentul, Kuala Lumpur.
Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.1 juta tontonan dan meraih lebih 60K tanda suka di TikTok.
@_missmyaaa_ Alhamdulillah awal2 lagi nasi lemak 400 bungkus da abis ?? mya mintak maaf yg mana x dpt rasa,esok ade lg mcm biasa 7.30pg-10.30#fyp#foryou#fypシ#foryoupage#trending#viral#tiktok
Difahamkan, ada pelanggan yang sanggup datang dari Perak dan Cameron Highlands semata-mata untuk merasai nasi lemak yang dikatakan viral ini.
Bukan itu sahaja, ada juga pelanggan yang sanggup menampung kos penghantaran dari Sentul ke Putrajaya, Klang, Shah Alam, Cyberjaya dan kawasan Lembah Klang yang lain.
@_missmyaaa_ Siapa yg x dtg lg boleh singgah,semoga yg tgk vtt ni dimurahkan rezeki lg??#fyp#foryou#foryoupage#fypシ゚viral#trending#tiktok
Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak itu sangat bersyukur perniagaannya diterima ramai apabila dia berjaya menjual 700 bungkus sehari berbanding hanya 200 bungkus pada hari pertama dia berniaga.
Mya menjelaskan, pada awalnya dia ada menerima beberapa respond negatif daripada segelintir masyarakat yang merasakan dia hanya bermodalkan rupa paras yang cantik untuk menjual nasi lemak.
“Saya akui memang ada suara negatif misalnya, muka cantik memanglah ada orang beli, kalau makcik mesti tak laku, malah ada yang cakap tak malu ke muka cantik jual tepi jalan?” katanya.
Bagaimanapun, dia merasai paras rupa itu hanyalah sebuah bonus dan apa yang penting adalah usaha dirinya untuk mencari rezeki yang halal buat keluarganya.
Difahamkan, Mya akan bangun seawal 4 pagi untuk memasak sambil dibantu oleh adik-beradik dan juga ibu bapanya.
Mya atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Hamirah mengaku ada yang bertanya soalan nakal sehingga ada yang nak kahwin bila tahu status ibu tunggalnya, namun dalam hal berkenaan dia meletakkan batas dan hanya berniat mahu mencari rezeki.
Sumber: Harian Metro, TikTok
Sambil membeli kita sambil menolong dia juga kann…
Baca : Ibu Tunggal 3 Anak Nekad Jual Buah Pinggang Untuk Langsai Hutang Anak Cecah Lebih RM57K