Penghijrahan yang dibuat oleh pempengaruh dan pelakon yang terkenal dengan perwatakan lucu, Noreen telah mencuri tumpuan warga maya baru-baru ini.
Pastinya ramai yang memuji, memberikan semangat dan mendoakan agar Noreen dapat konsisten dalam menjaga auratnya ini.
Artikel berkaitan : Kalau Dipilih Masuk PLKN, Noreen Sanggup Mengandung Setiap Tahun
Artikel berkaitan : “Dah setel ye” – Viral Tak Buat ‘Paid Review’ Lepas Dapat Bayaran, Noreen Refund Balik Duit ‘Seller’
Noreen Iman baru-baru ini dijemput sebagai tetamu undangan untuk program MeleTOP Moreh. Selain itu, Neelofa juga turut dijemput sebagai pengacara bersama Nabil Ahmad.
Dalam program tersebut, Noreen tak dapat menahan rasa sebaknya ketika menceritakan pengalaman ‘dipanggil’ untuk menunaikan ibadah umrah.
“Kalau kita terfikir, dia sama ada kita fikir dulu baru monolog atau monolog dulu baru fikir. Jadi, saya dengar macam tak tahu lah suara saya yang fikir ke, dia macam ‘pergi umrah Noreen’. Aku rasa aku sorang-sorang dalam bilik ni. Nak dekat 5 minit juga.”
@mymeletop Perkongsian tentang istiqamah daripada the one and only @neelofa Semoga bermanfaat buat semua ??? #meletopmoreh #ramadan #moreh
Saat rasa sebak menyelubungi Noreen, Neelofa tampil memujuk dirinya, bahkan Neelofa juga memberikan kata-kata semangat dan berpesan seseorang itu harus mencari ilmu untuk kekal istiqamah.
“Hidayah Allah tu datang kepada semua orang tapi tinggal diorang nak grab atau tidak sahaja. Istiqamah itu berat, ringan itu istirehat. Tapi paksalah diri kalau kita nak perbaiki diri. Carilah ilmu kerana ilmu itu adalah kunci kepada hidayah.”
Berikutan itu, ramai memuji Noreen yang kelihatan begitu ayu apabila tampil bertudung, selain daripada rindu peminat terubat setelah menyaksikan Neelofa dan Nabil bergabung semula dalam program itu.
Sumber : TikTok