in

“Ni bukan cara nak didik” – Guru Didakwa Lempar Kotak Pensel Sebabkan Kepala Anak Murid Cedera

guru lempar kotan pensel kepala murid cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Acap kali kita dengar kes melibatkan guru dan murid sekolah sekali gus merisaukan ibu bapa. Terbaharu, ada satu kes melibatkan seorang murid lelaki mengalami kecederaan di kepala didakwa terkena kotak pensel yang dilempar guru.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh penyanyi rap Caprice, kejadian tersebut berlaku di Kelantan.


Dalam video tersebut, ibu bapa kepada murid itu terkejut apabila menemukan kesan kecederaan di belakang kepala anaknya sebaik sahaja pulang dari sekolah.

Artikel berkaitan: Cikgu Maki Murid Bod*h, Disuruh Duduk Dekat Tong Sampah Gara-gara Tak Pandai Cakap BM

Artikel berkaitan: Didakwa Kasari Murid Autisme Berusia 7 Tahun, Polis Siasat Seorang Pembantu Pengurusan Murid

Menurut anaknya, kecederaan itu disebabkan seorang guru telah membaling sebuah kotak pensel terhadapnya.

Screenshot 2025 05 22 113037

Dapat dilihat kedua ibu bapa meluahkan rasa kesal dengan perbuatan guru yang dianggap melampau.

Ibu bapa itu berkata, mereka tidak kisah sekiranya anak dihukum kerana melakukan kesalahan tetapi apa yang dilakukan oleh guru terbabit adalah berlebihan.

“Kalau kena mata tidak ke boleh buta? Kena fikir juga masa depan dia. Mungkin budak ni tak mahu ke sekolah dah lepas ni, jadi masalah juga.

“Kita tak kisah nak hukum, tapi sampai pecah kepala macam ni? Melebihlah ni,” ujar ibu bapa murid itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Mereka turut menegaskan walaupun boleh memaafkan guru terbabit, satu pengajaran perlu diberikan agar insiden sebegini tidak berulang kepada pelajar lain.

Walaupun tidak dinyatakan sebab apa guru itu bertindak sedemikian, rata-rata pengguna media sosial menyelar perbuatan guru terbabit kerana itu bukanlah cara yang betul untuk mendidik pelajar.

Screenshot 2025 05 22 114134 Screenshot 2025 05 22 114144 Screenshot 2025 05 22 114159

Menerusi perkongsian video itu juga, Caprice turut menyeru pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan untuk melihat kes ini.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.