in

“Ngeri weihh” – [VIDEO] Netizen Geli Tengok Ratusan Ulat Sampah Membiak Dalam Kereta

kereta kotor ulat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebersihan kenderaan sangat penting untuk mewujudkan suasana yang selesa semasa memandu. Kalau kenderaan kita kotor, mesti pemanduan kita terganggu dan berasa tidak selesa. Lagi-lagi kalau kotor sampai ada ulat..

Baru-baru ini telah tular di laman sosial Tiktok, seorang pencuci kenderaan terkejut apabila menemukan ratusan ulat sampah yang sedang membiak di bawah alas kaki sebuah kereta yang datang ke tempatnya untuk dicuci.


@azwancarwash

Ulat Sampah Dalam kereta…#detaillingcar #azwancarwash #polishingcar #carwashviral

♬ suara asli – temanlana_ – temanlana_

Melalui video tersebut, kita boleh nampak yang keadaan kereta tersebut telah dibuka sepenuhnya untuk membolehkan pencucian secara terperinci dilakukan. Ratusan ulat sampah dapat dilihat seolah-olah mereka telah membina satu perkampungan di dalam kereta tersebut.

Oleh itu, pemilik mengadu dia terhidu bau yang sangat busuk sehingga dia terpaksa membawa kenderaannya untuk dicuci. Kereta berbau busuk dan hanyir ini dipercayai berpunca dari telur ayam yang telah pecah dan tidak dibersihkan dengan betul.

“Pemilik kenderaan hanya membersihkan bahagian atas tempat duduk sahaja tanpa membuka alas bahagian bawah setelah telur busuk pecah di dalam keretanya,” kata pencuci itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli dan jijik dengan ulat sampah yang banyak itu.

Screenshot 2022 10 18 172955

Ada juga yang mengambil peluang ini untuk berpesan kepada satu sama lain agar menjaga kebersihan kenderaan masing-masing.

Screenshot 2022 10 18 173130

Screenshot 2022 10 18 173115

Jadi kita kena selalu beringat kalau suka makan di dalam kereta lagi-lagi bila drivethru tu, rajin-rajin lah bersihkan kereta korang supaya tak jadi macam ni..

Baca : Jijik! Tinggal Sisa Makanan Atas Meja, Tukang Cuci Kongsi Pengalaman ‘Customer Dari Neraka’

homestay customer dari neraka 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.