in

Netizen Terhibur Tengok Gelagat Tengku Muhammad Join Persembahan Rakan Dari UK Ketika Majlis Perkahwinan

Tengku Muhammad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam, telah berlangsungnya istiadat perkahwinan diraja antara anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhammad Iskandar dengan pilihan hatinya, Tengku Natasya yang juga merupakan anak kepada ahli politik Malaysia, Tengku Adnan.

Memetik laporan Harian Metro, istiadat berinai pasangan diraja itu menyaksikan kedua-dua mempelai mengenakan baju tadisional bewarna biru sedondon.


Namun, apa yang menarik perhatian ramai netizen di TikTok ialah gelagat Tengku Muhammad ketika melihat persembahan kejutan daripada rakan-rakannya dari UK.

Difahamkan, rakan-rakannya dari UK itu telah membuat persembahan nyanyian di mana mereka menyanyikan lagu dari band popular, Backstreet Boys iaitu I Want It That Way.

@rbeventor

Kawan-kawan TAB dari UK belanja 2 lagu malam ni! Segak masing2 pakai Baju Melayu bersongkok bersamping #TAB❤️TNA #IstiadatBerinai #hardyandthecrazybunch

♬ original sound – RB Eventor – RB Eventor

Artikel Berkaitan: “Kuat mengusik” – Gelagat Tengku Hassanal Tarik Perhatian Ketika Istiadat Akad Nikah Tengku Muhammad

Artikel berkaitan: “Anakanda masih bujang” – Tersipu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Mendengar Usikan YDPA

Dapat dilihat dari video TikTok yang dikongsikan oleh rbeventor iaitu perancang perkahwinan bahawa rakan-rakan mempelai lelaki itu turut memakai baju Melayu dan bersongkok ketika majlis berkenaan.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai pengguna TikTok ialah Tengku Muhammad yang dikenali dengan personalitinya yang ceria turut menyertai rakan-rakannya menyanyikan lagu tersebut.

https://www.tiktok.com/@rbeventor/video/7429796135008603408?_r=1&_t=8qqxtDgCyPo

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen TikTok terhibur melihat gelagat pengantin baru itu.

1 10

Sumber: Harian Metro, TikTok @rbeventor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.