in

“Nenek umur 63 & 78 antara yang pertama” – Thailand Secara Rasmi Sahkan Perkahwinan Sejenis

syaz ft 2025 01 24T110800.269

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir 2,000 pasangan sejenis dan transgender berkahwin di Thailand semalam (Khamis) selepas undang-undang perkahwinan sama rata kerajaan itu berkuat kuasa, ia juga merupakan negara yang pertama di Asia Tenggara meluluskan undang-undang tersebut.

Sebagai info, Thailand adalah negara terbesar di Asia yang mengiktiraf perkahwinan sama rata. Lebih daripada 30 negara telah meluluskan perkahwinan sejenis selepas Belanda menjadi yang pertama.


Artikel berkaitan: Warga Malaysia Dilaporkan Hilang Selepas Bercuti Dengan Rakan Di Thailand

Artikel berkaitan: “Negara ketiga di Asia” –  Thailand Luluskan Perkahwinan Sama Jantina

Menurut laporan New Straits Times, Kementerian Dalam Negeri Thailand mengesahkan terdapat pelukan dan air mata kegembiraan di lebih 800 pejabat daerah di seluruh negara itu di mana 1,754 pasangan sejenis telah disahkan berkahwin.

Dalam satu ciapan di X, antara pasangan terawal yang diluluskan perkahwinannya merupakan pasangan lesbian berusia 63 dan 78 yang difahamkan sudah bercinta selama 33 tahun.

Difahamkan, pasangan luar negara yang bukan penduduk tetap juga dibolehkan untuk berkahwin di negara itu dan semalam pasangan gay daripada Korea Selatan turut sempat berkahwin di situ.

Sebelum ini, aktivis Thai telah mendesak hak perkahwinan sejenis selama lebih sedekad, advokasi mereka bagaimanapun terbantut oleh pergolakan politik di negara yang kerap digugat oleh rampasan kuasa serta protes jalanan besar-besaran.

Sumber: NST, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.