Tidak dapat dinafikan, rakyat kita sangat bangga apabila ada orang-orang hebat yang berdarah kacukan Malaysia.
Terbaru, Emile Smith Rowe yang merupakan pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pemain tengah (midfielder) untuk kelab Liga Perdana (PL) Arsenal mengesahkan dia mempunyai darah kacukan Malaysia.
Artikel berkaitan: Tawar Penstriman EPL Secara Haram, 5 Individu Dipenjara
Artikel berkaitan: Ini Betul Jimat, Pengadil Guna Telegram Untuk Lihat Video Ulang Tayang Bola Sepak
Dalam perkongsian akaun berkenaan sukan bola sepak @frfuturetalents di aplikasi X, difahamkan atlet berusia 23 tahun itu mempunyai darah kacukan Malaysia di belah ibunya dan Jamaica di belah bapanya.
Dia membalas email dari akaun tersebut dengan berkongsi neneknya merupakan orang Malaysia yang dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan.
Finally ! we got an email reply from Emile Smith Rowe ! ???
His grandmother was born in Rembau, Negeri Sembilan. pic.twitter.com/Y9EWV3gHQw
— frfuturetalents (@frfuturetalents) June 28, 2024
Dalam pada itu, Emile berkongsi dia tidak pasti jika dia masih boleh mewakili negara Malaysia atau Jamaica dalam sukan itu kerana dia sudah pun membuat kemunculan dengan England tetapi dia masih sangat bangga dengan latar belakang keluarganya itu.
Sebagai Gunners, min bangga…
Sumber: X