in

“Negara lain nak mansuh mask” – Pelitup Muka Kini Perlu Ada Tanda Sirim, Netizen Kurang Setuju?

PELITUP MUKA PERLU ADA SIRIM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan produk tersebut pada 4 April lepas.

Pelitup muka topeng muka 1649128802

Menurut Berita Harian, penandaan SIRIM ini hendaklah didapatkan oleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.


Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.

“Pewartaan ini adalah inisiatif kerajaan prihatin atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

“KPDNHEP berharap isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport,” kata kementerian.

cop sirim

 

“Dah dua tahun lebih covid ni… baru nak buat?” 

Perlaksaan baru yang ditetapkan kerajaan ini walau bagaimanapun tidak dipersetujui netizen yang mana merasakan ia agak terlewat untuk dilaksanakan memandangkan negara kini di fasa peralihan endemik.

Malah ada juga membandingkan dengan negara lain yang tidak lagi mewajibkan pemakaian mask di tempat awam.

kena pakai mask sirim

Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan netizen yang terkeliru dengan amaun denda yang dinyatakan di dalam infografik bagi penggunaan pelitup muka bukan perubatan dengan cop SIRIM tersebut.

Untuk info, denda hanya akan dikenakan terhadap pengilang dan pengimport yang tidak patuh dengan penguatkuasaan dan bukannya kepada orang awam.

Syarikat yang tak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya akan didenda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu pula, denda dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tak melebihi selama 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

So kepada penjual facemask tanpa SIRIM tu, berhati-hatilah. Better cari pengilang atau pengimport yang betul-betul ada pengesahan yang ditetapkan kerajaan. 

Baca: Pakar Saran Guna 2 Jenis Pelitup Muka Ini Untuk Elak Dijangkiti Varian Omicron

mask

Sumber: BH
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.