in

“Nasi sebungkus kongsi 4 orang” – Rakyat Palestin Catu Makanan, Hazeman Huzir Rasa Serba Salah

hazeman huzir serba salah makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai penduduk luar dan terbatas dengan kudrat yang ada, kita hanya mampu berdoa dan menantikan setiap perkembangan keadaan penduduk di Palestin.

Selain itu, ada juga inisiatif daripada organisasi tertentu atau pempengaruh mengadakan temu bual atau berhubung dengan warga Palestin bertanyakan keadaan semasa di sana.


Baru-baru ini, pempengaruh Hazeman Huzir berkongsi video temu bual bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di Palestin mengenai situasi di sana.

Artikel berkaitan: “Rumah dia baru kena b*m tau” – Hazeman Huzir Terkilan Ada Banyak Komen ‘Gatal’ Masa Live Dengan Orang Palestin

Dalam potongan video yang dikongsikan di platform X, Hazeman berkata dia bagaikan rasa serba salah sehingga makan sekali sehari selepas mendengar keperitan rakyat Palestin mencatu makanan ketika ini.

Wakil NGO itu menyatakan satu hidangan perlu dikongsi empat orang ketika awal peperangan berlaku.

“Di hari-hari pertama kami mampu mendapatkan makanan panas. Kami peroleh 2,500 makanan panas untuk 2,500 orang. Jadi satu makanan untuk seorang.

“Bila kami agihkan, kami agihkan untuk 10,000 orang. Maksudnya setiap empat orang kongsi satu makanan. Ibaratnya di Malaysia, nasi ayam sebungkus kongsi empat orang,” katanya.

Namun, keadaan bertukar menjadi lebih memilukan apabila kini tiada lagi makanan panas boleh didapati dan rakyat Palestin kini hanya bergantung kepada makanan dalam tin.

“Sekarang tiada lagi makanan panas. Saya cuba berikan makanan tin dan jem strawberi. Kita sedang cuba sehabis baik kita.

“Semalam kami agihkan ubi kentang, tapi kami kena fikir macam mana nak masak kerana tiada gas dan bahan bakar. Kami sedang kumpulkan kayu untuk gunakan api,” katanya.

Menurut laporan, seramai 10,328 mati syahid dan lebih 25,956 cedera akibat serangan berterusan Israel.

Sumber: X, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.