in

Nash Terkenang Dimarahi Arwah Jay Jay Masa Rakam Lagu ‘Pada Syurga Di Wajahmu’

Ft Jay Jay Nash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Datuk Nash memberitahu bahawa Allahyarham Jay Jay memainkan peranan besar dalam kerjaya seninya.

Mengimbau kenangan sepanjang perkenalan mereka, Nash memberitahu yang dia pernah kena marah masa rakam lagu Pada Syurga di Wajahmu kerana tak mampu menyampaikan lagu itu dengan penghayatan yang baik.


Artikel berkaitan : “Kulitnya sangat licin dan bersih”-  Hattan Kongsi Momen Mandikan Jenazah Jay Jay

Artikel berkaitan : Bermula Dengan Gaji RM2.5K, Doktor Dedah Tips Berjaya Dalam Bidang Medik Hingga Gaji Cecah RM60K Sebulan 

“Dia adalah seorang insan yang sangat baik. Saya banyak sejarah dengan saya. dia menjaga tiga album saya dan dia juga mengendalikan album itu. Dia produce tiga album itu. Lagu Pada Syurga di Wajahmu adalah air tangan dia.”

“Dia menggubah lagu dan memainkan muzik untuk lagu itu. Saya kena marah dengan dia ketika menyanyikan lagu itu kerana tiada penghayatan pada awalnya tapi disebabkan dia berikan sentuhan sebagai seorang komposer dan penerbit, saya terima hakikat itu.”

Screenshot 2024 08 05 183821

“Boleh dikatakan saya fed up ketika rakaman tapi dia bagi saya semangat sebab lagu itu tinggi dan lagu itu berceritakan mengenai kisah rumahtangga. Dia pula memberikan sepenuh jiwanya terhadap lagu itu. Alhamdulillah lagu itu menjadi lagu sangat hebat dan saya tidak akan lupa jasanya.”

Nash menjelaskan dia sempat bertemu dengan Jay Jay buat kali terakhir semasa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Katanya, Jay Jay seorang rakan yang baik dan akan merindui segala kenangan mereka bersama.

“Banyak yang kami kongsi dalam studio ketika rakaman. Saya banyak belajar ilmu dengan dia, ilmu nyanyian dia sangat mantap, dan dia juga seorang sahabat, komposer, penggubah lagu dan pemuzik yang baik.”

“Kita rasa sangat kehilangan, kita hilang sebutir mutiara dalam negara kita. Gurau senda, ketawa, marah semuanya ada.”

Screenshot 2024 08 05 183842

Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada 23 Mei lalu sebelum diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 9.27 malam Ahad lalu.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.