in

Nancy Shukri Ziarah Keluarga Maniishapriet Kaur, Harap Siasatan Telus

syaz ft 2025 06 26T152204.312

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita digemparkan dengan pembunuhan pelajar wanita dari sebuah universiti di Cyberjaya.

Mangsa berusia 20 tahun dan dikenali sebagai Maniishapriet Kaur Akhara itu berasal dari Sarawak, dia ditemukan maut oleh rakan serumah dengan kesan kecederaan di kepala kira-kira pukul 10.28 pagi di Mutiara Ville, Cyberjaya.


Terbaru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meluangkan masa bertemu dengan keluarga mangsa dan beliau berkata, beliau percaya siasatan membabitkan wanita tersebut dapat dilakukan berintegriti agar keadilan dapat ditegakkan.

Artikel berkaitan: Suspek Kes B*nuh Penuntut Uni Di Cyberjaya Guna Kad ATM Mangsa Untuk Keluarkan Duit

Artikel berkaitan: Pelajar Wanita Di Cyberjaya Disyaki Dib*nuh, Tiada Unsur R*gol – Polis

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Maniishapriet Kaur Akhara atas kehilangan yang amat mendukacitakan ini.

Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dugaan ini.

Saya percaya dan berharap siasatan akan dijalankan dengan telus dan berintegriti agar keadilan dapat ditegakkan. Saya juga mendoakan agar segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.

Difahamkan, Nancy berkesempatan menziarah keluarga mangsa kejadian tragis yang berlaku di Cyberjaya itu sebelum bertolak ke Putrajaya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.