Belum reda lagi kes hina Islam di Crackhouse Comedy Club, timbul lagi berita baru berkenaan dengan kes tersebut.
Dalam kekecohan kes tersebut, telah tular sebuah thread di Twitter yang menceritakan Alexander Navin Vijayachandran yang merupakan pasangan kepada Siti Nuramira Abdullah atau Amy, pernah membuat ‘kacau’ di sebuah ruang acara, Merdekarya yang terletak di Petaling Jaya.
BEBENANG PANJANG
So. Citer dia camni:
Alex Chandran, boyfriend/suami/entah-apa kepada Amy Si Penanggal Baju yang viral, dulu-dulu selalu jugak lepak kat Merdekarya (sekitar tahun 2015).
— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022
Pasangan itu dikatakan merancang untuk menjemput kumpulan muzik veteran, Alleycats untuk membuat persembahan di lokasi tersebut dalam sebuah acara yang berkaitan dengan seks.
Pun begitu, vokalis kumpulan tersebut David Arumugam menafikan yang beliau mengenali Alex dan Amy itu malah, dia juga telah memfailkan laporan polis di sebuah balai di Petaling Jaya semalam selepas mengetahui nama kumpulannya terpalit dalam kes itu.
Menurut sumber, David Arumugam berkata beberapa rakannya telah menghantar pelbagai sumber media kepadanya mengenai perkara itu dan itu yang menyebabkan dia memfailkan laporan tersebut.
“Saya tidak mengetahui rancangan ini (untuk acara itu). Saya tidak mengenali dia (Alexander) dan saya tidak pernah bercakap dengannya. Saya sudah buat laporan mengenai perkara itu.
Saya sangat terkejut dan kecewa kerana kumpulan saya (Alleycats) telah terpalit (dalam gosip ini).” kata penyanyi lejen itu.
Sebagai info, Siti Nuramira telah mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen selepas didakwa menghina Islam semasa persembahan komedi open-mic di Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail.