in

“Nama pelajar dibuang & masukkan nama pensyarah” – Calon PhD Terkilan Projek ‘Dirembat’ Pensyarah

Ft Kena Tindas Dengan Pensyarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita akan dengar hasil kerja kena ‘sailang’ ini terjadi dalam dunia kerja atau sesama siswazah (hasil kerja diciplak) tetapi jarang sekali pasal calon/pelajar telah ditindas oleh pensyarah sendiri.

Biarpun ada yang mengatakan bahawa ianya dah kerap berlaku, tetapi ia jarang didedahkan kepada umum sehingga lah seorang calon PhD ini buat laporan polis, ia mendapat liputan daripada sebuah saluran YouTube baru-baru ini dan viral di platform media sosial yang lain.


 

Layanan baik sampailah dah siap

Menerusi saluran YouTube Media Variasi, seorang lelaki yang dikenali sebagai Abbod Ali Mohammed Saeed, 34 menceritakan bahawa dia datang ke Malaysia untuk melanjutkan pendidikannya dalam jurusan bahasa Inggeris.

Dia melanjutkan Sarjana Muda (Master) di sebuah IPTA di Malaysia, dimana institut itu adalah sama tempat dia melanjutkan lagi PhD juga.

Menurut sumber, pada tahun 2015, individu ini telah memberikan sumbangan besar terhadap negara kita kerana telah memberikan solusi kepada isu pengangkutan yang belum pernah ada di Malaysia iaitu mengggunakan pengimbas Meshlium untuk mengesan kenderaan.

Screenshot 2022 08 29 132245

Tahun 2015, lelaki ini memberi cadangan kepada penyelia untuk menggunakan pengimbas Meshlium dalam Advance Intelligent Transportation System (AITS) dan penyelia setuju ia dijadikan topik PhD,  penyelia itu tawarkan kepadanya untuk guna projek itu dalam syarikat penyelidikan dibawah naungan IPTA tersebut.

“Kami berkongsi hak paten mengikut peraturan dan undang-undang.”Namun setelah kajian selesai pada 2017 tiba-tiba kata laluan untuk akses ke sistem saya ditukar dan penyelia berkenaan memaklumkan sistem itu sudah menjadi hak milik syarikatnya yang tiada kaitan dengan IPT itu.”

Screenshot 2022 08 29 132313

Bagaimanapun dia telah melaporkan isu ini kepada pihak universiti namun penyelia itu menjelaskan kepadanya untuk meneruskan kajian kerana didakwa yang sebelum ini tak lengkap.

“Penyelia itu juga tidak membenarkan saya menggunakan peralatan bagi menyiapkan kajian kerana didakwanya itu milik syarikatnya.”

“Saya telah mengadukan perkara ini kepada universiti, mereka berjanji untuk selesaikan isu ini dengan melanjutkan tiga semester dan menyediakan peralatan yang diperlukan namun saya dapati tiada peralatan disediakan di makmal universiti.

“Dalam semester kedua, pada April lalu saya dikejutkan dengan surat pemberhentian pengajian secara tiba-tiba, saya rasa dianiaya, dibuli, dipergunakan untuk kepentingan mereka.”

Tambahnya lagi, layanan daripada pihak universiti itu juga tiba-tiba berubah dan menjelaskan bahawa dia bukanlah satu-satunya pelajar yang ditindas sebegini.

Screenshot 2022 08 29 132326

“Saya dilayan dengan kasar, dimalukan kerana mereka fikir saya merasa kecewa, saya bukan satu-satunya pelajar yang diperlakukan begini, pelajar Malaysia juga dilakukan sebegini dan mereka berhenti selepas 3/4 tahun. Tambahnya lagi, ada pelajar yang habiskan masa lebih 10 tahun untuk dapatkan PhD.”

Boleh tonton video penuh disini

Abbod mendakwa, ini memang niat mereka daripada mula. Mereka ambil hasil pelajar yang bersusah payah, kemudian bersikap tidak ada etika supaya pelajar kecewa dan tarik diri dari universiti.

Perkongsian ini turut tular di Twitter dan meraih lebih daripada 5,300 jumlah retweets dalam masa 15 jam dan mengundang pelbagai reaksi, ada yang terkejut, ada yang mengatakan ia perkara biasa dan ada juga kongsi perkara yang terjadi kepada orang keliling mereka berkenaan dengan korupsi ini.

Malah, ada yang beri pesanan bahawa ia adalah satu perkara penting untuk seseorang itu mengenali penyelia sebelum memulakan projek.

Baca : Tiada Tindakan Dari Pihak Universiti, Mangsa Gangguan Seksual Buat Petisyen Minta Pensyarah Dipecat

Desak Universiti Untuk Pecat Pensyarah Predator

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.