Semalam telah tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tindakan Khaireel Azlee Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Boss Kay telah menceraikan isteri keduanya, Norsufia Johari atau Cik Pia menerusi live di aplikasi TikTok.
Walaubagaimanapun, Boss Kay telah menafikan perkara tersebut dan memberitahu bahawa video lafaz cerai kepada Cik Pia itu dirakam untuk kegunaan peribadi antara mereka sahaja.
“Itu merupakan video peribadi yang ditularkan oleh pihak sana (Cik Pia). Video itu saya hantar Whatsapp untuk rujukan dia. Bukan saya yang tularkan, itu fitnah,” katanya.
Menurut Boss Kay, video yang berdurasi selama 10 saat itu telah dihantar secara peribadi dan lafaz itu dibuat pada 12 Mac 2023.
Boss Kay turut menempelak tuduhan orang ramai bahawa dia telah melafazkan cerai dalam live TikTok serta menyatakan itu adalah suatu fitnah.
Bercakap tentang video lafaz cerai tersebut, Boss Kay memberitahu, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan pada masa akan datang sekiranya ia memberi impak yang buruk terhadapnya.
“Benda tu saya boleh buat laporan, tapi saya tak nak buat. Kalau makin kritikal atau dapat nasihat peguam, saya akan buat. Pada saya perbuatan itu, tak ada etika dan menyebabkan fitnah,” ujar Boss Kay.
Dalam pada itu, dia turut berkata, dia tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan yang dilontarkan oleh netizen dan menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah gaya dan reaksi ceria yang ditunjukkan oleh Boss kay ketika dia melafazkan cerai.
Menurutnya, dia berasa lebih positif dengan gaya yang dibawa semasa melafazkan cerai berbanding dengan pasangan lain yang bercerai sambil bertumbuk ataupun bergaduh.
Sekadar info tambahan, kisah kemelut rumah tangga Boss Kay dan Cik Pia telah hangat menjadi bualan warganet sejak Januari lalu dan menurut Boss Kay, ini adalah kali kedua dia bercerai dengan Cik Pia dan mengakui sudah putus asa untuk menjernihkan hubungan antara mereka.
Sumber : mStar
Baca : Suami ‘Hadiahkan’ Cerai Talak 2 Ketika ‘Live’ Pada Hari Lahir Cik Pia