Pelakon Nad Zainal bengang dengan segelintir pihak yang menggunakan isu semasa sebagai cara untuk mempromosikan pautan untuk membeli belah secara atas talian. Ini kerana ada antara mereka yang cuba menggunakan hal rumah tangganya sebagai cara untuk mempromosikan produk sedangkan cerita itu tidak benar.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin meluahkan rasa marahnya ini menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.
View this post on Instagram
Canang cerita palsu untuk promote link shopping
Dalam perkongsian itu, Nad Zainal ada menunjukkan satu keratan berita palsu tersebut, kata Nad, dia seorang yang jarang sekali mendedahkan perihal rumah tangganya di media sosial.
“Kot ye pun nak jual barang kat sh*p** ke, apa ke.. tak perlulah tulis macam ini.. dah netizen percaya… ke ada Nad Zainal lain? Sebab Nad Zainal yang ini.. yang tulen… jarang lah nak buka mulut canang kisah rumah tangga.”
Menurutnya, khabar berita palsu itu hanyalah sekadar ingin mempromosikan pautan untuk membeli barang secara atas talian kerana dia sendiri telah cuba klik pada pautan tersebut.
“Baru kes freemason habis. nampaknya.. sama sahaja ..penat sis tekan link.. bagi link, rupanya suruh shopping.”
Dalam pada itu, Nad juga menggesa individu yang bertanggungjawab kongsikan pautan tersebut untuk tampil memberikan keterangan berkenaan dengan berita tersebut.
“Sis ada 21 scenes today…. sis nak jaga mood on set.. jangan suka buat kelakar di medsos ya… nanti ramai yang lurus percaya… F*r*h Othman lah explain ya? sebab Farah Nadia nak shoot ni… Hello F*r*h Othman.”
Lately ni ramai betul kongsi berita palsu, hujung-hujung letak link untuk beli barang kan?