Jika diperhatikan, sekarang ini musim hujan, ada kalanya lebat tanpa henti, dapat dilihat juga video-video viral di media sosial yang menunjukkan insiden kepala air ketika sedang berkelah.
Terbaru, ada satu kejadian yang dikatakan berlaku di negara jiran apabila sebuah kedai makan yang berkonsepkan ‘makan dalam sungai’ dinaiki air.
Nasihat saya, jangan pertaruhkan nyawa untuk makan di tempat-tempat pelik
Memandangkan video itu viral, seorang pendakwah terkenal Dr Mohd Izhar Ariff terpanggil dengan insiden tersebut, nasihatnya dengan musim cuaca hujan ini, seeloknya elak daripada makan di tempat-tempat yang berkonsepkan sebegini.
Musim-musim hujan ni sangat bahaya KEPALA AIR atau AIR PASANG MENGEJUT… Bila kita buka restoran macam ni, ia akan membahayakan nyawa pengunjung khususnya anak-anak kecil.”
Dr Izhar juga turut bimbang jika keadaan akan jadi tidak terkawal jika orang dah terlalu ramai seandainya perkara ini berlaku. Beliau juga turut menyarankan bahawa pemilik premis untuk bertanya dengan pihak berkuasa dahulu dan menganggap bahawa cara ini lebih memudaratkan daripada kebaikan.
https://www.instagram.com/tv/CWFAMRAIaej/?utm_medium=copy_link
Melihat kejadian tersebut, ia juga mengundang rasa kurang senang netizen, bagi mereka selain membahayakan nyawa, ia juga boleh jadi penyumbang kepada pencemaran sungai melalui kesan-kesan minyak pada makanan.
Bukan itu sahaja, ada juga yang bimbang jika sampah di sungai akan jadi semakin banyak. Selain itu, ada juga yang mengecam sikap pengunjung yang memilih tempat makan sebegini sedangkan ada sahaja kedai makan atas tanah.
Bagaimanapun, ada netizen berharap agar tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku daripada insiden dalam video tersebut.
Harap kejadian ini dapat dijadikan ikhtibar, seeloknya dengan cuaca yang tak menentu ni, lebih baik elakkan dulu daripada berada di tempat-tempat seperti sungai.