Seorang ibu meluahkan rasa kecewa, sedih dan marah apabila melihat semangat dan cita-cita anaknya yang berusia 11 tahun untuk ke SUKMA dan Sukan SEA dalam acara akuatik renang terkubur.
Katanya, anaknya menangis apabila hasil kerja keras menjalani latihan yang sangat intensif selama setengah tahun kecundang akibat kecederaan kronik yang dialaminya didakwa kerana perbuatan kejam seorang guru.
Artikel berkaitan : Lelaki Didenda Gara-gara Tampar GF Sebab Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’
Artikel berkaitan : Guru Didakwa Tampar Muka & Tarik Rambut Pelajar Tingkatan 5
Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 10 Disember lepas dan katanya, laporan polis telahpun dibuat. Selepas 4 hari kejadian, anaknya didakwa alami muntah tidak berhenti, sakit kepala dan hidung berdarah sampaikan mereka terpaksa mendapatkan rawatan doktor pakar.
“Nose bleeding disebabkan darah beku di sekeliling telinga di bawah kulit. Sakit kepala, muntah demam sebab bengkak saraf dan juga cedera di kebanyakan tisu lembut. Multiple soft tissue injury.”
“Bahagian bengkak pulak (pipi kanan, telinga kanan, belakang telinga kanan, belakang kepala dan tengkuk) Rahang kanan bengkak sebabkan kesukaran dan sakit kunyah makanan, terjadi hypo sebab kurang makan.”
Menurut ibunya, anaknya telah dibawa ke Hospital Taiping untuk membuat imbasan dan keputusan menunjukkan anaknya tidak mengalami sebarang masalah. Namun begitu, anaknya tidak dapat hadir ke perlawanan sukan itu kerana kecederaan ini dan dia telah mengalami kerugian ribuan ringgit disebabkan wang yang dilabur untuk kos latihan dan jurulatih buat anaknya itu.
Pun begitu, keadaan anaknya dikatakan jadi makin merosot sampaikan tidak dapat hadir ke sekolah selama sebulan. Ketika mereka bawa anaknya sekali lagi ke hospital, respon yang mereka terima daripada doktor sangat mengecewakan.
“Sampai la ke hari isnin 13/1/2025 terpaksa juga bawak ke Hospital Taiping sebab muntah yang tak berhenti, kepala sakit, telinga berdengung. Dia sendiri minta bawakan ke hospital sebab dia tak mampu nak bertahan. Sampai dekat emergency, suhu pun naik sampai 39.4, terkejut kami sedangkan dia langsung tak demam waktu dalam perjalanan.”
“Sampai dekat hospital, diperiksa dan diteliti.. doktor beritahu, simptom dan gejala.. tiada ubat.. hanya boleh diredakan sahaja.. kesan tamparan dan tumbukan tersebut menjadikan gegaran di salur separuh bulat telinga (cochlear concussion) sama simptom macam gegaran otak.”
“Boleh baik namun ambil masa yang agak lama, atau kemungkinan besar tidak baik sama sekali. Patutlah kadang-kadang anak aku jalan elok, kadang-kadang tidak.. terhuyung-hayang langgar segala perabot dalam rumah. Belum lagi sakit kepala yang tak pernah berhenti, hidung yang kerap berdarah.”
Kesal dan kecewa dengan apa yang menimpa pada anaknya, Syahmina Mohd Azim menggesa agar pihak yang terlibat untuk tidak lepas tangan dan bertanggungjawab atas kejadian ini.
Sumber : Facebook