in

“Mungkin tiada Raya mengejut tahun ini” – Jabatan Mufti Selangor

puasa 30 hari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada ura-ura yang kuat di media sosial mengatakan perayaan Aidilfitri tahun ini bakal tiba secara mengejut lagi seperti tahun lepas.

Pun begitu, Jabatan Mufti Selangor memberi bayangan awal bahawa umat Islam di Malaysia akan berpuasa genap 30 hari dan kemungkinan tiada raya mengejut.


Menurut Sinar Harian, ia berdasarkan analisis hisab atau kiraan awal yang menunjukkan hilal Syawal dijangka tidak memenuhi imkanur rukyah atau kriteria penampakan kedudukannya.

Malah, agensi tersebut turut melampirkan jadual waktu solat untuk ketiga-tiga zon di Selangor sepanjang bulan ini dengan paparan tarikh 30 Ramadan jatuh pada tarikh 21 April.

https://www.facebook.com/JabatanMuftiSelangor/videos/177106181833329/

Selain itu, jabatan tersebut melalui Facebook rasminya turut menyatakan penetapan tarikh 1 Syawal adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah memperolehi hasil cerapan hilal di 29 buah lokasi seluruh Malaysia pada 29 Ramadhan 1444H bersamaan 20 April 2023.

“Syarak menetapkan apabila hilal kelihatan pada tarikh cerapan maka esoknya adalah bulan baharu. Namun, jika hilal tidak kelihatan maka esoknya disempurnakan bulan tersebut menjadi 30 hari,” tulisnya.

Dalam posting yang sama, jabatan tersebut turut mengingatkan bahawa tidak salah untuk umat Islam bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri, malah kita digalakkan untuk membuat persiapan.

Namun, perlu dielakkan daripada kita menyebarkan sesuatu berita atau informasi yang tidak jelas kebenarannya.

Baca: “Raya mengejut lagi ke?” – Tular Gambar Tarikh Akhir Ramadan 20 April 2023, Ini Penjelasan Masjid WP

F2 Tarikh Hari Raya 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.