Macam yang korang semua tahu, hari ini dah hampir dua minggu Najib Razak dimasukkan ke dalam penjara. Perkara ini jelasnya telah meninggalkan kesan yang besar buat keluarganya.
Semalam, ketika berucap di sebuah acara di Pekan, anaknya Nizar mengatakan terdapat hikmah daripada hukum yang dikenakan ke atas bapanya itu.
Menurutnya, apa yang dilalui oleh Najib ini mempunyai persamaan dengan Nabi Yusuf dan tokoh anti-aparteid Nelson Mandela, lapor Malaysiakini.
Mungkin ini adalah cara Allah subhanahuwataala untuk angkat darjat ayahanda dengan lebih tinggi. Itulah yang berlaku kepada Nabi Yusuf yang dipenjarakan atas tuduhan palsu.
“Apabila bebas baginda diangkat sebagai menteri berkuasa lagi bijaksana di Mesir.
“Itu yang berlaku kepada Nelson Mandela yang menentang dasar aparteid apabila bebas beliau diangkat sebagai presiden Afrika Selatan yang berjaya menyatupadukan orang kulit putih dan bangsa Afrika.
“Yang pasti tuhan tidak akan uji lebih dari kemampuan kita untuk hadapinya.”
Tambah Nizar lagi, tak ramai yang boleh lalui seperti mana yang dilalui bapanya ini, walaupun menerima tekanan bertubi-tubi, Najib masih lagi bertahan.
“Tidak ramai yang boleh bangkit semula selepas diaibkan satu dunia. Satu dunia tuan-tuan, bukan satu Malaysia. Satu dunia.
“Dengan tekanan yang bertubi-tubi di mahkamah, dengan tekanan daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), macam-macam tekanan yang dikenakan.
“Kalau orang lain yang menghadapi situasi yang sama, barangkali boleh menjadi gila dan koma selama berbulan-bulan.”
Baca: “Caramel Macchiato” – Trending Gara-gara Yana Najib Tak Beli Starbucks Teringatkan Bapa Di Penjara?