Bukan semua orang dilahirkan sempurna. Namun, sebagai insan yang diberi rezeki mampu berkomunikasi dengan sempurna perlulah saling membantu buat mereka yang kelainan upaya (OKU).
Hal ini juga terjadi di sebuah masjid, di mana seorang kariah masjid dilihat memantau pergerakkan sorang pemuda OKU dalam masjid berkenaan.
Dipercayai kejadian itu berlaku ketika masjid berkenaan mengadakan kuliah dan didatangi jemputan panel dan kebanyakan jemaah masjid.
Menjadi tumpuan apabila pemuda OKU itu bermundar mandir di dalam masjid sehingga sorang kariah masjid memantau pergerakkannya agar tidak menggangu program yang sedang berjalan.
@wahi_idah16 Respect betul dengan pakcik ni. Sepanjang program dia jaga je adik ni. Sabar je melayan adik ni ke sana ke sini. Terbaik ?? #masjidassyakirin #programmaulidurrasul #gombak #mawiworld ♬ original sound – WahidahYazid
Artikel berkaitan: Pernah Tular Guru Teman Pelajar OKU Lari Guna Tongkat, YB Fadhlina Terima Kunjungan Mereka
Artikel berkaitan: [VIDEO] Pelajar OKU Berlari Guna Tongkat, Cikgu Teman Sehingga Garisan Penamat
Bukan itu sahaja, raut wajah ahli kariah tersebut juga tidak lekang dengan senyuman melayan kerenah pemuda itu yang bertanyakan mengenai barang-barang yang ada di dalam ruangan masjid.
Pemuda itu juga yang kelihatan gembira ketika dilayan kariah masjid walaupun tidak tahu apa yang sedang berlaku di masjid.
Video berdurasi berdurasi 42 saat itu mendapat reaksi pelbagai dari warganet yang positif serta mendoakan kedua-dua lelaki itu dirahmati.