in

Muat Naik Sijil Nikah Palsu Dengan Anak Raja, Bekas Pelakon Dikenakan Waran Tangkap

sijik nikah palsu dengan anak raja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bekas pelakon dan model sambilan dikenakan waran tangkap berhubung kes memuat naik sijil nikah palsu dengan seorang putera raja di media sosial kerana gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim, Norma Ismail mengeluarkan waran itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haniff Ahijman terhadap Persana Avril Sollunda, 43, yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah.


Difahamkan, wanita itu sepatutnya didakwa dengan pertuduhan memulakan komunikasi palsu mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di akaun TikTok pada Februari tahun ini.

Artikel berkaitan: Polis Rakam Percakapan Wanita Dakwa Bakal Berkahwin Dengan Tengku Hassanal

Artikel berkaitan: Polis Sedang Mengesan Seorang Wanita Yang Dakwa Dirinya Kononnya Akan Berkahwin Dengan Tengku Hassanal

D8238ADB 3EAC 4484 A402 875CBB61

Ketika prosiding berlangsung, Muhammad Amir memaklumkan bahawa menurut maklumat daripada pegawai penyiasat, bekas pelakon dan model sambilan tersebut tidak hadir di mahkamah untuk mendengar pertuduhan yang sepatutnya dibacakan pada jam 9 pagi.

“Sedangkan, saman terhadap wanita terbabit, diserahkan sendiri pada 29 April lalu,” katanya.

Selepas membenarkan permohonan daripada pihak pendakwa, mahkamah menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan waran tangkap terhadap Persana Avril.

Pada Mac lalu, dia telah ditahan untuk disoal siasat oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu tetapi telah dibebaskan selepas itu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.