in

Momen Indah Bertukar Tragedi, Pesawat Terhemp*s Sejurus Teman Wanita Terima Lamaran

ft pesawat terhempas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari yang sepatutnya menjadi hari paling bermakna berubah menjadi satu tragedi apabila pesawat yang dinaiki oleh seorang wanita ini menjunam dan terhempas selepas menerima lamaran daripada kekasihnya.

Menurut sumber, insiden itu berlaku selepas dia memberi jawapan setuju kepada teman lelakinya yang berada di bawah menerusi alat komunikasi.


Dalam kejadian yang berhampiran dengan lapangan terbang di daerah Özler Yereyl, Turkiye itu telah mengakibatkan mangsa Şeyda Doğan mengalami kecederaan parah.

Artikel berkaitan : Juruterbang Muda Ditahan, Lakukan Penerbangan Tanpa Kebenaran Ke Antartika

Artikel berkaitan : Laporan Awal Dedah Suis Bahan Api Ditutup, Wujud Kekeliruan Dalam Kokpit Sebelum Pesawat Air India Terhempas

Turut sama dalam pesawat berkenaan adalah seorang juruterbang berusa 39 tahun yang dikenali sebagai Burak Yülekli. Kedua-dua mangsa kini dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah dan masih menerima rawatan.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 malam, Selasa. Sebelum kejadian, pesawat latihan kecil milik syarikat swasta dikatakan telah hilang kawalan sebelum kenderaan tersebut mendarat dan terhempas.

Screenshot 2025 08 07 174806

Seorang lelaki yang memakai baju kemeja dilihat berdiri di atas tarmac sambil menggunakan walkie-talkie untuk berkomunikasi dengan teman wanitanay yang berada di dalam pesawat.

Susulan dengan kejadian itu, pohak berkuasa tentera tempatan telah melancarkan siasatan untuk menentukan jika kemalangan itu berpunca daripada kegagalan mekanikal atau kesilapan juruterbang.

Sumber : mStar Online

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.