in

“Mohon turunkan video” – Bapa Budak Tunjuk ‘Jari Tengah’ Masa Perarakan Merdeka Mohon Maaf Kesilapan Anak

adik bomba tunjuk jari tengah bapa mohon maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-65, tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak yang terlibat dalam perbarisan pasukan bomba telah diminta menunjukkan isyarat ‘mini love’ kepada hadirin yang hadir pada acara tersebut.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak terbabit nampaknya telah tersalah membuat isyarat jari apabila dia menunjukkan jari tengah kepada orang awam. Alamak…


jari tengah

Susulan itu, video kanak-kanak berkenaan tular di media sosial dan telah menjadi perbualan hangat di antara netizen termasuklah ada yang mengecam kanak-kanak itu sebagai biadab dan lain-lain lagi.

Bapa mohon maaf kesilapan anak, minta video dipadam

Disebabkan hal tersebut berlaku, bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia di Facebook atas ketelanjuran anaknya yang tersilap membuat isyarat ‘mini love’.

Dia sebagai peminat bomba memang excited (teruja) sangat dapat terlibat dalam perbarisan kemerdekaan walaupun bangun pukul 5 pagi. Dari semalam (kelmarin) excited sangat dapat pakai baju bomba.

“Saya sebagai bapa tetap bangga akan keberaniannya turut serta walaupun bidan terjun,” katanya.

mohon maaf

Bapa budak berkenaan juga pada masa yang sama memohon agar video itu diturunkan agar anaknya tidak lagi dikecam kerana bimbang ia akan memberi kesan psikologi kepada budak berkenaan.

Apa-apapun diharapkan janganlah ada yang mengecam kanak-kanak tersebut sebab dia pun tak tahu apa maksud jari tu kan.

Baca: “Penangan UAI” – [VIDEO] Pasukan Bomba Sampai Keluar Perbarisan, Gara-gara Nak ‘Selfie’ Dengan Ustaz Azhar Idrus

uai

Sumber: TikTok
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.