in

“Mesti pakcik tu terkejut” – Lelaki Terkejut Kereta Mewah Ini Milik Wanita Yang Tolong Ambil Gambar

2Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali nampak kereta mewah, mesti kita terpegun kan. Lagi-lagi kalau nampak kereta yang jarang nampak. Kalau boleh tu memang nak bergambar kejap. Lagi elok kalau ada orang tolong tangkapkan gambar.

Mungkin itulah yang terdetik di hati seorang pakcik ini apabila melihat sebuah kereta mewah di tepi jalan. Sebab terpegun dengan kereta tu, pakcik ni pun minta seorang wanita yang kebetulan lalu disitu untuk mengambil gambar. Sebenarnya wanita yang pakcik tu minta tolong adalah pemilik kereta mewah tersebut. Memang terkejutlah dibuatnya. Cuba korang tengok video @sitinaqiahfami di bawah ni.


@sitinaqiahfami

Bila disuruh tangkapkan gambar😍. Ada juga paparazi Muhammad Yusuf Zakaria perasan rekod dari jauh haha. sitcomNadi nadilegacyconsultancy takaful greateasterntakaful medicalcardterbaik parttime fulltime agentgreateastern agenttakaful kerjaya aia fwd prudential mclaren 720s supercar

♬ original sound – Siti Naqiah Fami – Siti Naqiah Fami

 

Mesti pakcik tu terkejut

Kalau jadi macam ni kat min, min pun confirm terkejut. Kita nak bergambar, sekali owner kereta pulak yang tolong ambilkan gambar. Nasib baik owner kereta tu pun sporting dan sudi nak bantu pakcik tu kan.

Screenshot 2024 06 23 At 12.30.52 PmBukan selalu kita nak tengok orang baik hati macam pemilik kereta ni. Bagus dia tolong ambilkan gambar pakcik tu sebelum masuk dalam kereta. 

Screenshot 2024 06 23 At 12.30.05 PmMin pun curios gak. Tapi bila tuan punya kereta dan cakap macam ni kira puas lah juga dengar. Mesti pakcik tu kagum dengan owner kereta tu kan. Ramah dan sudi bantu ambilkan gambar. 

Screenshot 2024 06 23 At 12.31.40 PmKalau tengok dekat bahagian komen, ramai yang puji owner kereta sebab bagi pakcik tu peluang bergambar. Nampak lah owner ni seorang yang rendah diri dan baik hati. Semoga terus istiqomah ye.

 

Baca: Bengang Kena Beraya Seorang Diri, Suami Rempuh Kereta Isteri Yang Juga Dinaiki Anak-anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.