in

Mentua ‘Kacau’ Rumah Tangga? Peguam Jelaskan Ia Sebenarnya Satu Jenayah Syariah

mentua nak cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pastinya mahukan kebahagiaan dan kesenangan dalam membina hidup bersama, pun begitu permasalahan mungkin boleh timbul baik dari diri sendiri atau pihak ketiga.

Seorang peguam telah berkongsi sebuah kes di mana seorang wanita telah meluahkan masalahnya apabila ibu mentuanya dikatakan terlalu membencinya sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka bercerai.


Kisah sedih itu diceritakan oleh seorang peguam syarie, Nor Asyiqin yang menyatakan dia menerima panggilan daripada wanita tersebut dan menyifatkan situasi itu juga dikira sebagai gangguan pihak ketiga.

“Ibu mentua merupakan seorang berjawatan dan berpangkat tinggi di sektor kerajaan. Ibu mentuanya sering kali ugut akan membuatkan suami isteri tersebut bercerai walau apa pun terjadi. Jika terpaksa guna orang dalam pun tidak kisah selagi impiannya tercapai.

Bagi mengelakkan pergaduhan ini berterusan, suami membawa isteri tinggal di negeri agak jauh agar ibunya tidak dapat menganggu rumah tangganya namun ternyata ia masih tidak melemahkan semangat ibunya yang teringin melihat mereka bercerai,” tulisnya.

istockphoto 1175583350 612x612 1
Gambar Hiasan

Menurut peguam syarie itu, sebarang bentuk gangguan oleh sesiapa bukan sahaja skandal atau bekas kekasih malah, mana-mana pihak yang ingin memastikan pasangan bercerai juga boleh dikategorikan sebagai pihak ketiga

“Di dalam akta dan enakmen kesalahan jenayah syariah ada menerangkan kesalahan menghasut suami atau isteri bercerai. Seksyen 34 iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Mana-mana orang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan. Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

Nor Asyiqin juga berkata, bagi prosedur mengheret pihak ketiga ke mahkamah, mereka boleh mengambil langkah dengan mengumpul segala bukti, membuat aduan ke bahagian penguatkuasaan jabatan agama Islam dan seterusnya pihak tersebut akan membuka kertas siasatan selepas meneliti bukti-bukti.

Selepas pendakwaan siap, barulah kes akan dihantar ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk pendaftaran bagi mendapatkan tarikh sebutan kali pertama dan kes akan dibentangkan oleh Pendakwa Syarie dengan pesalah dikehendaki duduk di dalam kandang pesalah.

Take note ya guys!

Baca: Peguam Jelaskan Bagaimana Pasangan Curang Boleh Didakwa Dalam Konteks Undang-Undang Syariah

fi curang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.