in

“Memang rugi besar gila” – Isa Isarb Hentikan ‘Content’ Lelaki & Perempuan Duduk Serumah

syaz ft 74

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, media sosial kecoh dengan klip daripada content YouTuber tempatan terkenal, Isa Isarb yang memaparkan beberapa individu lelaki dan perempuan berada di dalam rumah yang sama.

Rancangan yang berjudul Hero Teladan itu merupakan satu challenge di mana peserta dibiarkan untuk tinggal dalam sebuah banglo selama 77 hari tanpa sebarang gadget dan aksi mereka dirakam selama 24 jam.


Artikel berkaitan: “Macam mana boleh selesa?” –  Lelaki & Perempuan Tinggal Serumah Selama 77 Hari, ‘Content’ Isa Isarb Dikecam?

Artikel berkaitan: “Powerfulnya saya ni” –  Isa Isarb Kongsi Khabar Gembira, Isteri Hamil Selepas 7 Hari Berkahwin

Pun begitu, ramai yang tidak bersetuju dengan content tersebut yang dilihat menerapkan pergaulan bebas di antara peserta.

Terbaru, Isa Isarb menerusi laman TikTok miliknya mengumumkan rancangan itu dibatalkan serta-merta selepas menerima kecaman yang teruk meskipun sudah lebih 40 episod ditayangkan.

@isaisarbofficial

??

♬ original sound – Isa Isarb – Isa Isarb

“Dukacita dimaklumkan bahawa program ini terpaksa dihentikan serta-merta. Ini adalah kerana program ini mendapat tentangan keras daripada majoriti penonton selepas isu konsep program yang meletakkan peserta lelaki dan perempuan di bawah bumbung yang sama.

Namun, kami sebagai pihak penganjur tidak akan lepas tangan mengenai kebajikan atau usaha yang telah diberikan oleh setiap peserta dalam program ini. Pihak penganjur akan menanggung rugi bersendirian tanpa membabitkan peserta,” katanya.

Dalam pengumumannya itu, Isa berkata dia turut akan memberikan elaun selayaknya kepada peserta-peserta yang terlibat.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.