in

“Memang macam real”- Penduduk Gempar, Terjumpa Penampakan Singa Dalam Semak, Rupanya…

F2 Beg Lion

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan ramai pereka fesyen dikurniakan bakat luar biasa untuk reka baju, kostum dan beg tangan, banyak produk berjenama di luar sana yang cantik-cantik. Sesetengah design tu dia punya unik sampai orang biasa macam kita ni tak boleh nak brain. 

Seperti yang berlaku di sebuah kampung di Kenya ini apabila penduduk kawasan itu gempar dengan penemuan seekor singa liar di dalam semak, lapor Metro UK.


Beg Lion 2

Namun, bila diperiksa oleh pegawai jabatan hidupan liar, penampakan singa buas yang dikatakan oleh orang kampung itu hanyalah gambar singa pada sebuah beg yang tersorok dalam semak!

Difahamkan, salah faham itu berlaku apabila seorang petani yang lalu di kawasan itu ternampak wajah ‘singa’ berselindung di sebalik semak.

Beg Lion 3

Dia yang terkejut dan takut diserang oleh binatang buas itu kemudiannya menghubungi jabatan hidupan liar agar menangkap haiwan berkenaan.

Namun, apabila diperiksa, rupa-rupanya itu bukanlah singa sebaliknya hanyalah sebuah beg beli-belah atau carrier bag yang direka dengan gambar singa pada bahagian depannya.

Katanya, beg tersebut telah diletakkan di situ oleh salah seorang pemilik rumah di kawasan berdekatan semak itu.

Beg Lion 5

Beg itu sebenarnya berisi anak pokok avocado kerana wanita berkenaan tidak mahu mengeringkannya di bawah terik matahari. Jadi, dia letak kat dalam semak tu supaya sedikit terlindung. 

Selepas orang kampung tahu bahawa tiada singa yang mengancam kehidupan mereka dan sebaliknya hanyalah sebuah beg, mereka rasa benda tu kelakar dan mula bergambar dengan beg itu. Ada yang siap berselfie lagi tau.

Nasib baik takde yang sakit jantung sebab terkejut. Lepas ni kena pilih beg yang ada gambar haiwan comel macam kucing atau arnab je la kan. 

Sumber: Metro UK, BBC 

Baca: Macam Pegang Beg Tangan, Gelagat Wanita Ini & Keluang Belaan Curi Tumpuan Di TikTok 

Beg Lion 1

Sumber: Mirror UK
Sumber: BBC
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.