Memandangkan satu video muzik yang menunjukkan model lelaki persis Nur Sajat tular di media sosial baru-baru ini, ramai yang menuntut pengakuan daripada usahawan kosmetik yang penuh kontroversi itu. Oleh sebab itu, Sajat semalam tampil memberi respon dan mengakui bahawa itu adalah dirinya.
Memang I pun – Sajat
Pengakuan itu dibuat menerusi satu sesi live di TikTok dan dirakam semula oleh pengguna lain. Pada mulanya, Sajat berpura-pura tidak faham sebelum membuat pengakuan itu.
https://www.tiktok.com/@brooonoook/video/7142781261269044506?is_from_webapp=v1&item_id=7142781261269044506&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fwww.mediahiburan.my%2Fsajat-akhirnya-mengaku-dia-yang-pakai-songkok-baju-melayu-memang-i-pun-kenapa%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fwww.mediahiburan.my%2Fsajat-akhirnya-mengaku-dia-yang-pakai-songkok-baju-melayu-memang-i-pun-kenapa%2F&referer_video_id=7142781261269044506
Selepas itu, Sajat sempat bergurau dengan menyatakan bahawa wajahnya dari dulu sehingga kini tak berubah dan banyak muzik video menawarkan dia untuk masuk dalam video klip.
Dalam masa 21 jam, video pengakuan ini telah meraih lebih daripada 220K jumlah tontonan dan rata-rata netizen terhibur melihatnya bahkan ada juga yang sentap dengan kenyataan yang dia berikan itu.
Terdahulu, viral video muzik video lagu Kekasih Pujaan, nyanyian Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, dalam video tersebut dilihat ada seorang wanita dan lelaki memakai baju melayu sedang menari-nari dan ramai netizen syak bahawa ia adalah Sajat.
Baca : “Tiba-tiba macam kenal” – Netizen Syak Model Lelaki Dalam Video Karaoke Adalah Bang Jat