Ketika temubual yang dibuat oleh Bella Astillah baru-baru ini, penyanyi tersebut ada mengatakan bahawa dia dan Ruhainies merupakan sahabat baik. Namun, dia sepatutnya menyedari bahawa pelakon itu merupakan seorang yang tidak baik kerana sering bercakap buruk tentang orang lain.
Ekoran ini, pengasas produk Aurabelle, Fatin Nabilah Solehudin turut memuat naik IG Story mengiyakan dakwaan dari Bella.
Menurutnya, Ruhainies pernah mempersoalkan kenapa mereka memilih untuk menjemput Bella menyanyi di majlis walaupun suara penyanyi tersebut tak sedap. Tapi selepas itu, dia terkejut bila melihat keakraban dua selebriti tersebut.
Macam-macam dia cerita pasal awak dekat kami. Sebab tu kami pun terkejut tengok bukan main rapat lagi you dengan dia selepas pelancaran produk.”
Menurut Nabilah, apa yang berlaku kepada Ruhainies sekarang adalah kerana doanya sebagai seorang yang teraniaya ekoran Ruhainies dikatakan telah melanggar kontrak dan menarik diri daripada menjadi duta produk pada Februari lalu.
View this post on Instagram
Ekoran itu, Aurabelle telah meminta Ruhainies untuk meminta maaf secara terbuka namun Ruhainies mengatakan dia tidak menandatangani sebarang kontrak dan bayaran pun tertunggak.
Tak cukup dengan itu, Nabilah juga turut meminta pihak berkuasa untuk menyiasat Ruhainies kerana mampu untuk duduk di suites mewah.
Memang dasar hanat
Pengasas produk ini turut mendakwa bahawa Ruhainies pandai memanipulasi dan mempergunakan orang serta turut mengatakan Aliff Aziz kena brainwash.
Betina ni nak selamatkan tengkuk dia je. Dia dah buat kitaorang jatuh terduduk pastu dia blah macam tu je! Memang dasar hanat.”
Selain itu, Nabilah yang tidak segan silu tag Ruhainies bersama komennya turut meminta pelakon tersebut berhenti mempergunakan agama dan percaya hidup Ruhainies tak akan tenang kerana telah melukai hati seorang isteri dan ibu.
Namun begitu, tak dapat dipastikan betul atau tidak dakwaan pengasas produk ni…
Sumber: Instagram