Sebuah pertandingan dikir barat di Tumpat, Kelantan yang dianjurkan bersempena Festival Kesenian Rakyat Kelate tiba-tiba bertukar tegang dan kecoh apabila salah seorang daripada wakil pasukan yang bertanding mendakwa juri bertindak tidak adil dalam memilih juara pertandingan tersebut.
Difahamkan, selepas pemenang pertandingan dikir barat tersebut diumumkan oleh pihak penganjur, suasana tersebut menjadi tegang hingga meja juri terbalikkan, lapor Buletin TV3.
Wakil kumpulan tersebut turut mendakwa berlaku campur tangan pihak luar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-gara Kunafa Viral, Orang Ramai Sanggup Berkerumun Sampai Ada Yang Bergaduh
Namun, pihak jawatankuasa keselamatan penganjur pertandingan yang diadakan di Pantai Geting itu sempat menenangkan keadaan dan meleraikan pertikaian dan perbalahan sebelum mejadi semakin teruk .
Difahamkan juga, pihak penganjur kemudiannya bertindak membawa wakil pasukan tadi ke ruang lain agar individu tersebut menjadi lebih tenang.
Selepas itu, penganjur juga telah mengadakan pertemuan dengan wakil pasukan dan pihak yang terbabit untuk menjelaskan salah faham yang berlaku.
Pihak polis daerah Tumpat pula menjelaskan bahawa pihak mereka tidak menerima sebarang laporan polis tentang kekecohan itu.
Ini kerana perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik selepas kejadian.
Punca kejadian pula berlaku akibat salah faham.
Sumber: Buletin TV3