in

Mayat Guru Wanita Ditemui R*put Dalam Rumah, Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia

ft guru meninggal dunia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Misteri bau busuk yang dihidu oleh jiran tetangga akhirnya terjawab apabila mayat seorang guru wanita ditemui di rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Johor. Menurut sumber, guru tersebut telah meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata, jiran mangsa membuat aduan kepada pihak polis selepas mereka menyedari ada bau busuk datang dari rumah guru wanita yang berusia 39 tahun itu kira-kira jam 8.06 malam pada 12 Jun lalu.


Artikel berkaitan : Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Meninggal Dunia Lebih Seminggu Lalu Ditemui Dalam Rumah

Artikel berkaitan : Peniaga Wanita Buat COD Makanan Dipercayai Dib*nuh, Mayat Ditemui Tepi Sungai

“Guru terbabit dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lalu dan siasatan mendapati wanita itu tidak hadir bertugas sejak 24 September tahun lalu.”

Kumarasan berkata, hasil daripada bedah siasat tidak dapat menentukan punca kematian disebabkan tahap pereputan mayat yang sudah teruk. Malah, beliau turut menegaskan bahawa tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.”

Memetik laporan Berita Harian, wanita tersebut belum berkahwin dan dia adalah guru di sebuah sekolah yang terletak di Taman Tunku Aminah yang tinggal bersendirian dan polis kini sedang mengesan waris terdekatnya.

Dalam pada itu, pihak sekolah juga kini giat mencari waris terdekat guru tersebut dan memohon untuk menyalurkan maklumat ke Balai Polis Skudai Johor di talian (+60) 07-511-2622.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.