in

Maut Dilanggar Lori ‘Reverse’, Keluarga Mohd Hanis Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Syaz Ft 2024 11 25T130754.066

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Sabtu lalu, tular sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal terkorban selepas sebuah lori secara tiba-tiba mengundur dan melanggar penunggang tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hanis terkorban pada kira-kira jam 10 pagi di Jalan Pantai Dalam, Kerinchi.


Artikel berkaitan: Lori Mengundur Secara Tiba-tiba, Polis Tahan Pemandu Lori Sebabkan Kematian Penunggang Motosikal

Artikel berkaitan: 2 Buah Lori Terjatuh Dalam Lubang Benam Di Busan, Korea Selatan

Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan keluarga Allahyarham merancang akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan kejadian itu.

Cats 25

Abang kepada mangsa, Muhammad Hanif Sehat berkata, mereka sekeluarga berharap agar pemandu lori berkenaan dikenakan hukuman setimpal atas apa yang berlaku.

“Saya tak pasti ketika kejadian arwah ingin ke mana, saya hanya tahu berkaitan kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Kami sekeluarga merancang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu lori yang menyebabkan adik saya terkorban dalam kemalangan itu,” katanya.

Dalam kes kemalangan itu, Mohd Hanis sedang menunggang motosikal maut selepas sebuah lori yang berada dalam kawasan pembinaan tiba-tiba bergerak secara mengundur di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru, Sabtu lalu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.